rss
twitter
    If today was perfect there would be no need for tomorrow.

Sabtu, 23 Julai 2011

Undang-undang hati



Malam ni sendiri lagi. Hujan diluar masih lagi kedengaran. Tubuh seakan "mati" disini dengan perlahan. Tetapi hujan melenyapkan tangisanku

Awak,
Tiada lagi air mata ini untuk ditangisi. Kerana aku terlalu lemah dengan semua ini. Terlalu sakit untuk aku lalui tanpa kau disisi. Pengubat aku tidaklah sesukar bertemu, cukuplah apa tanda. Sakit membisu. Suasana diluar menenggelamkan suara tangisanku

Awak,
Awak meninggalkan saya dengan kebingungan. Dan kini, saya masih menangisi kehilanganmu.

Tinggalkanlah aku sendirian. Dan tiada siapa yang akan ketahui yang air mata ini akan mengikis. Mengikis hati yang sedang menangisi akan seseorang. Saya cuba sembunyikan semua parut dihati. Ternyata saya tidak berdaya. Bagaimana dengan mudah saya melakukan semua ini?. Ternyata tidak terlintas difikiran awak akan keadaan saya yang menangisi ketiadaan ini. Awak meninggalkan saya tanpa khabar berita, tanpa suara. Pergi begitu sahaja, dan mengharap masa akan menentukan?.


Bila cinta kini tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan manisnya janjimu
Yang ku sambut itu dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi tinggalkanku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hinggaku terjatuh
Dalam harapan
Ku sebut namamu
Di setiap doaku
Ku kan setia di mana tempatmu
Yang ku dapat hanyalah bayangmu
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hinggaku terjatuh
Dalam harapan
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hinggaku terjatuh
Dalam harapan...

Perginya air mata ini bukan bermakna aku tewas. Bukan bermakna aku lepas tangan. Bukan menolak takdir yang aku sedang hadapi. Tapi, aku terpaksa belajar untuk melepaskan kau pergi. Kerna, dalam soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan. Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta yang mendalam, dan tiada yang lebih ngeri daripada kehilangan dia yang tersayang. Dengan cinta aku bangkit, dengan cinta jualah aku tersungkur. Aku mencintai kamu sejak sekian lamanya. Aku pernah memupuk semangat itu bersama-sama kamu. Agar ia tetap subur. Acap kali aku mengungkapkan kata cinta, acap kali aku berdiri kata setia. Tapi hatiku bagai ditoreh dengan bilahan kaca apabila aku melihat kau bersama dengannya. Sepatutnya aku berada ditempat itu. Kerana kau tak mampu aku hilangkan dari ingatan, tak semudah yang kau fikirkan, tak seperti kuharapkan. Aku sedar, pada pandangamu aku cuma sahabat kepada kekasihmu. Aku mengaku kini. Aku tewas. Hatiku hancur kerana terlalu mencintaimu...


"Air mata yang mengalir lebih deras dari perkataan 
yang keluar dari mulut ini"







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

e-junior ebook


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...