rss
twitter
    If today was perfect there would be no need for tomorrow.

Ahad, 25 Disember 2011

Ketagih..ergh!

Haaaargh! adoi.. arini bengong tahap cipan da kuar.. stress tbe2..sbb teringat citer lame! argh! hahaha..sengal tol.. pastu,td g kdai, g beli coklat Cadbury® 4 papan yg size medium!! aku bedal! argh! puas!.. hahaha! sengal ah.. pastu, smbil mkn, g blog walking jap..nyinggah2 blog orang len, termasuk blog someone yg wajib aku bace! hahaha! ape da.. alamak, ketagih coklat la.. abeh la aku pas ni..

Act byk lagi tutorial nak wat, nak share..tp bahaye plak untuk u all.. hahaha! sebab takut ade yang salah paham, jahanam komputer korang..tak pasal-pasal kene ganti.. Haaa..u all, lau cube skill yang aku publish ni, ape2 aku tak nak tanggung tawu.. tapi kan, better u all create restore point dulu before change setting system.. kalau blue screen of death (BSOD), atau startup prob, u all cme restore balik system setting je la..

Kat bawah ni aku ade wat tutorial ringkas how to create system restore.. aku wat 10saat utk next frame, supaya u all leyh phm..huhu.. 


ermm..so? phm? xphm? tgk blik.. nanti die looping.. adoi.. smpat plak aku buat tutorial ringkas ni..huhu.. xpe, utk knowledge, aku sanggup buat ape aje.. haha..

Uit, berbalik pada tadi.. nafsu untuk dapatkan lebih coklat membuak-buak..haaa..kebetulan besok nak pergi outstation..outstation? Hahaha..betul la kan.. ni lah peluang beta nak cari koko!! hahah! da macam adu-du dlm BoboiBoy! OMG! katon mari.hehe..

pssst...aku da order buku resepi buat cokelat sendiri.. hahaha! pasni aku boleh bantai cokelat pai pengsan! muahahaha! tak pasal-pasal aku jadi antu cokelat.hahaha.. yeah!!!

see u next tutorial.. papai blogger and reader also blog walker! hahaha!

Ahad, 18 Disember 2011

Skodeng Password Pada Asterisk

Assalamualaikum semua, salam sejahtera. Entry kali ni aku nk berkongsi sedikit skill.. Skill terbaek bagaimana kalau kita nak skodeng password pada asterisk. Asterisks tu ape? Asterisk tu ialah satu field form atau ruang teks yang khas untuk karekter kata laluan (password). Jadi, jika pengguna menaip aksara pada ruang teks tersebut, ia tidak akan muncul sebagai huruf, tetapi ia muncul sebagai black dot. Seperti rajah dibawah. Untuk apa aku bagitau u all? Ada diantara kita ni jenis yang cepat lupa. Sebab tu kita ade diantara kita save password untuk login form. Then, kita nk show balik, apa password kita. Ye la, sebelum ni main klik  Log In je. Sampaikan password lupa. So, aku bagi tau untuk paparkan balik apa password kita. Ehem, jangan salah guna ea..hehehe..


 Ade password viewer, tapi berbayar. Tapi yang ni cume percuma. Senang giler. U all cume ikut,satu persatu, step by step yg aku tunjuk. Sedia? muahahahacum!!

Untuk Firefox


Step 1
Mula-mula klik kanan pada link dibawah dan pilih "Bookmark This Link", seperti rajah dibawah,



Step 2
Muncul seperti tetingkap dibawah, dan klik "Save"


Step 3
Ok, dah siap untuk kita sediakan alatan asas. Kemudian, buka mana-mana laman web yang u all nak skodeng password nya. Sebagai contoh, aku amek Fesbuk la ea..



Step 4
Last sekali, akan keluar satu kekotak dialog, yang terpapar kata laluan seperti dibawah.. Tarrraaa!!! hahaha! kantoi sudeyh.. 





Ehem..untuk Google Chrome punye, aku hold dulu ea..coming soon aku update..hehehe..tapi konsep die same.. pe pun, tungguuu..hahaa

Ahad, 9 Oktober 2011

Windows 8?


haaa..sume baru meyh? baru petang tadi aku install Windows 8. Saje nak explore.. Perh.. fenin giler seyh.. Start menu da bayk sgt berubah..aku sempat buat research sikit, user nak kan satu pembaharuan pada start menu. So, itu lah hasilnya. Fenin.. Grafik de gak cam Ubuntu.. Eeee..tiru ea... Tapi tak ade la pai ley wat cube, silinder sume tu,.. just sekeping, sekeping gitu la.. Nice look. Aku paling suke kat part Weather..gile ah.. grafik die smart giler!! lau hujan tu, background hujan..

Windows Explorer

Control Panel



Start menu apabila di over kan mouse. Amacam
style tak? hehe..


Yang kotak hijau itu akan muncul lepas aku klik Start > Settings
Pening kan? Setting baru nie..



Perasan tak imej biru kecik tu? Paparan itu akan muncul jika mouse
aku melekat pada hujung kiri skrin. Ini untuk beralih aplikasi.
Nanti, cara die, die akan swap image. Smart!





haaa..yang atas ni pulak, fb aku yang sengaja aku update..smart plak..hehehe.. oleh kerana LCD aku rosak, aku terpaksa pakai tv LCD boss aku..so,paparan cume dapat 1024x768...ok la tu.. pe pun aku sekarang tengah berusaha untuk meng'explorer' windows yang paling latest ni..hoho..poyo sungguh! ok lah, nanti ade ape2 perkembangan latest tentang Windows 8 ni, aku update.

c ya!

Jumaat, 30 September 2011

Asas Anatomi Dan Organisasi Tubuh Badan


ORGANISASI TUBUH BADAN

Anatomy : Kajian berkaitan dengan tubuh badan manusia di bina, bahagian-bahagian, susunan organ & hubungan diantara satu desngan yang lain.

Physiology : Kajian tentang fungsi tubuh badan, struktur, organ-organ yang ada dalam tubuh badan.

Jenis anatomi :
1. Anatomi Regional – mempelajari sesuatu bahagian aggota secara keseluruhan struktur binaannya termasuk fungsi setiap sistem.
2. Anatomi Systemic – mempelajari anatomi melalui fungsi utama yang dijalankan oleh anggota atau bahagian organ.

Sistematik Anatomi

> Sistem skeleton – tulang & rawan
> Sistem articular – sendi & ligament
> Sistem muscle – otot tubuh
> Sistem nervous – saraf
> Sistem circulation – peredaran darah
> Sistem respiratori – pernafasan
> Sistem digestive – sistem yang terbuka
> Sistem urinari – saluran ekskresi
> Sistem endocrine – kelenjar
> Sistem integument – lapisan luar badan
> Sistem reproductive – organ genital internal / eksternal


Istilah Anatomi

> Kedudukan anatomi tuboh berada dalam keadaan berdiri tegak, dengan kepala, mata, & jari kaki menghadap ke hadapan, manakala anggota atas terletak di sisi tuboh dengan tapak tangan menghadap ke hadapan.
> Satah :
- Median : tuboh dibahagi kepada 2 bahagian. kiri kanan tubuh.
- Koronal : membahagikan tubuh pada bahagian hadapan dan belakang
- Transverse : membentuk sudut tepat dengan satah sagital dan satah koronal & membahagi tubuh kepada bahagian atas & bawah


Istilah Kedudukan
> Anterior (ventral / hadapan)
> Posterior (dorsal / belakang)
> Superior ( cranium / rostra)
> Inferior (caudal / bawah)
> Medial (tengah / terdekat dengan tubuh)
> Lateral (jauh dari tubuh)

Istilah Perbandingan
> Proksimal (lebih dekat dengan tubuh)
> Distal ( jauh dari tubuh)
> Sempadan pra aksial (sempadan luar)
> Sempadan post aksial (sempadan dalam)
> Ipsilateral (telinga kanan,ibu jari kanan)
> Kontralateral (terletak disisi yang bertentangan pada tubuh)
> Superficial (dekat dengan kulit)
> Profundus (jauh drpd kulit / permukaan luar badan)
> Eksterior (permukaan luar organ)
> Parietal (lapisan yang hampir dengan dinding tubuh)
> Visceral (hampir dengan organ)

Istilah Pergerakan
> Fleksi (bengkokkan tubuh ke depan)
> Ekstensi (bengkokkan tubuh ke belakang)
> Abduksi (kedudukan lateral menjauhi satah median)
> Aduksi (menghampiri satah median)
> Putaran (memetar salah satu sendi)
> Sirkumduksi (sendi bahu dibengkokkan)

Bahagian Anatomi Tubuh
> Anggota atas
> Lengan atas
> Siku
> Lengan bawah
> Tangan
> Anggota bawah (punggung)
> Paha
> Lutut
> Tungkai bawah (antara lutut dengan pergelangan kaki)
> Kaki
> Thorax (antara leher dan abdomen)
> Abdomen (sebelah kiri)
> Pelvis & perinium
> Kepala & leher

Isi Kandungan Ruang Tubuh
> Ruang cranial – brain, spinal cord
> Ruang thorax – leher, heart, esophagus
> Ruang abdominal – esophagus, stomach, ileum, liver, kidney
> Ruang pelvic – urinary bladder, cervix & fallopian tube, bahagian sigmoid dan sekum usus besar

Kajian anatomi dijalankan melalui :
1. Macroscopic – kajian dengan mata kasar. Dilihat dengan mata.
2. Microscopic – kajian tentang tisu tubuh badan dengan menggunakan microscop.

Pengkajian yang berkaitan dengan ilmu Anatomi dan fisiologi
1. Sistologi – Pengkajian tentang sel yang terkecil dakam tubuh badan.
2. Biokimia – Pengkajian tentang unsur elektrolit & tindakan fizikal (gerak geri) serta tindakan fisiologi ( suhu badan)


Proses Intergrasi Tubuh Badan

Keperluan asas dalam tubuh badan manusia :

KEPERLUAN SISTEM YANG MENYEDIAKAN
- Pengangkutan dalaman
- Cardiovascular
- Limfatik
- Pengambilan bahan mentah
•  makanan
•  oxygen
•  Mulut ke usus besar
•  hidung-salur udara-peparu-pernafasan luar dan dalam

- Eliminasi bahan kumuhan
- Urinari
- Respiratory
- Digestive (kulit/hati)

- Communication
• dalaman
• luaran
• saraf, endokrin
• organ deria

- Pertahanan dari persekitaran luar
- Sistem integumentari (kulit)
- Reproduksi
- Organ sexs lelaki / wanita

Ciri universal sel
1. gerakan 
2. metabolisme
3. pernafasan
4. ekresi
5. tumbesar
6. irritibiliti
7. pembiakan


HOMEOSTASIS

* Keseimbangan yang berlaku dalam tubuh badan diantara bahan-bahan persekitaran dalam  dan luar.
* Merupakan imbangan yang dinamik, walaupun berubah-ubah tetapi terkawal.
* Perubahan phisiologi bukan keadaan yang hemeostasis.
* Proses penting tubuh yang mesti kekal homeostasis : 
- suhu badan
- air dan elektrolit
- tahap glukosa dalam darah
- tekanan darah. cara kawal dengan (-) feedback mechanism atau (+) feedback mechanism


NEGATIVE FEEDBACK MECHANISM

* Tindak balas effector menurunkan kesan rangsangan asal untuk mengekalkan keadaan hemeostasis.
* Untuk mengekalkan satu keseimbangan tubuh badan, satu sistem pengesan (sensor) diperlukan untuk mengesan sebarang perubahan yang berlaku.
* Contohnya : suhu badan dikawal rapi.


POSITIVE FEEDBACK MECHANISM

* Bertentangan dengan tindak balas negative.
* Terdapat bahaya dan keburukan dalam sistem ini disamping kebaikannya.
* Contoh : mekanisma tindak balas positif akan merangsang jantung untuk terus mengepam darah ke sistem peredaran darah untuk mengekalkan isipadu darah dan tekanan darah.

SEL, TISU, ORGAN DAN SISTEM BADAN

SEL

* struktur mikroskopik, sel hanya boleh dilihat di bawah mikroskop.
* perbezaan antara saiz dan bentuk sel dihubungkait kan dengan fungsinya.
* sel ova adalah yang terbesar (300um)
* sel yang terkecil ialah sel saraf, sel darah merah (7.5um)
* terdiri daripada sitoplasma yang diselubungi oleh dinding nipis yang dinamakan membrane sel atau membrane plasma.
* manusia mempunyai terlalu banyak sel.

Fungsi sel :
* Pusat kawalan yang mengawal segala kemasukan dan pengeluaran didalam dan diluar sel.
* Sistem pengangkutan dalaman yang terlibat yang terlibat dalam pembekalan bahan keperluan sel dan pengaliran keluar produk kumuhan.
* Pembekal tenaga untuk aktiviti dalam sel.
* Bahagian yang menyelenggarakan aktiviti dalam sel.

Struktur :
(1) Membrane sel

- Terdiri daripada 2 lapisan fosfolid dengan protin yang disebar antara molekul lipid.
- Banyak liang halus menembusi membrane.
- Bersifat separa telap.
- Berfungsi sebagai sempadan sel, memelihara kesempurnaan sel, bertindak sebagai enzyme dan receptor kepada hormone.

(2) Cytoplasma / protoplasma

- Bahagian sel di antara membrane dan nucleus.
- Berupa bahan seakan agar-agar.
- Tidak bewarna dan gelap.
- Mengandungi air, garam organic dan inorganik.

(3) Organel –organel

- Nucleus
- Struktur terbesar di tengah sel
- Semua sel tubuh mempunyai nucleus  kecuali sel darah merah matang
- Mengandungi neucleolus
- Berfungsi sebagai unit kawalan pusat bagi setiap aktiviti pembinaan dan pembiakan dalam sel

(4) Nucleolus

- Padat tanpa membrane.
- Mengandungi RNA
- Molekul asid deoksiribonukliek
- Mengandungi 46 kromosom

(5) Mitochondria
   
- Pusat menjana tenaga
- Berbentuk rod
- Terlibat dalam proses kimia
- Terdapat nob bertangkai pendek
- Membrane melipat ke dalam dikenali sebagai ’cristae’ 
- Tenaga yang disimpan dalam ATP digunakan untuk aktiviti sel
- Berfungsi untuk membekal lebih 95%  bekalan tenaga kepada sel tubuh (sel yang besar-sel hati)

(6) Ribosom

- Struktur RNA yang melekat pada rough ER (buat protien untuk dieksport
- Sebagai pusat sintesis protien
- Mengandungi 2/3 RNA dan 1/3 bahan protin
- Bertanggungjawab dalam pembungkusan ialah Golgi Apparatus

(7) Endoplasmic Reticulum (ER)

- Merupakan rangkaian saluran yang berada dalam saluran sitoplasma dan meluas dari membrane plasma ke nucleus
- Bertindak sebagai saluran bahan dari nucleus ke persekitaran sel
- Rough ER : Terdapat granul ribosom untuk mensintesis protin untuk dieksport ke luar sel untuk kegunaan dalam badan
- Smooth ER : Tiada granul ribosome
- Bertugas dalam metabolisme lipid dan cholesterol (sel hati)

(8) Golgi Apparatus
   
- Struktur yang terdiri daripada beberapa lapisan berbentuk piring, tersusun secara berlapis di atas satu dengan yang lain
- Bertindak sebagai stor dan merembeskan glikoprotin keluar dari sel
- Bahan protin yang dihasilkan  ER dihantar ke Golgi Apparatus untuk dibungkuskan sebagai gelombang sekresi
- Menghasilkan enzyme pencernaan yang berkeupayaan tinggi dinamakan lysosome.

(9) Lysosome
   
- Mengandungi enzyme yang digunakan dalam proses pemecahan molekul yang besar kepada  molekul yang lebih halus dan bertindak sebagai agen pembunuh bakteria
- Saiz dan bentuk sentiasa aktif ( bentuk vesicle ), semasa tidak aktif   (bentuk granul)
- Sel darah puteh mempunyai banyak lysosome

(10) Vacuole 

- Ruang kecil dalam sitoplasma
- Tanpa membrane
- Mengandungi bahan kumuh atau sekresi yang berbentuk di dalam sel

(11) Cytoskeleton 

- Microfilaments
- Microtubules
- Centrosome

(12) Microfilaments

- Memberi sokongan kepada struktur
- Mengekalkan bentuk sel
- Contoh : sel otot

(13) Microtubules
   
- Membantu dalam pergerakan organel dalam sel
- Membantu pergerakan chromosome semasa pembahagian sel

(14) Centrosome

- Mengandungi sepasang centrioles
- Memainkan peranan semasa pembahagian sel


Pembahagian sel : 

1. Mitosis. Merupakan pembahagian sel somatic. Proses dimana sel somatic membiak secara gandaan dedua. Tujuannya untuk menghasilkan organisme multisel, sel persenyawaan, pembesaran & menggantikan sel yang telah musnah. ianya berlaku sepanjang hayat.
2. Meiosis. Merupakan pembahagian sel dalam menghasilkan 4 sel anak dan setiap sel anak mengandungi separuh daripada bilangan kromosom induk. Ia berlaku dalam sel pembiakan seperti ovum dan spermatozoa. Juga merupakan asas pembiakan seks untuk menghasilkan bilangan kromosom dari satu generasi ke generasi yang lain.


TISU 


  EPITHELIAL : Permukaan (selapis/berlapis)
                                Kelenjar (exocrine/endocrine)
                                Usus
                  
CONNECTIVE : Menghubungkan tisu organ
                  
MUSCLE TISSUES :  Otot
                                    Rangka
                                    Jantung
                                    Otot licin (gasteriusus)
  NURVOUS TISSUES



ORGAN

1. OTAK 
- Diperbesarkan dan berkembang oleh jisim tisu saraf dengan meluas yang membentuk bahagian hujung atas sistem saraf.
- Ia disalut oleh tiga membrane connective tisu dan terapung dalam cerebrospinal yang dibentuk oleh tulang tengkorak.

2. JANTUNG 
- Organ yang berongga dan berotot, terletak antara peparu dengan apex.
- Darah tidak beroksigen dipam ke lung darah yang beroksigen dipamkan ketubuh.
- Aliran darah dalam jantung dikawal oleh injap.

3. HATI
- Ukuran berat antara 1200 – 1600g.
- Terletak pada bahagian atas kanan kaviti abdomen.
- Merupakan tapak metabolisme penting bagi protin, karbohidrat dan lemak.
- Mensintesiskan fibrinogen, protrombin dan heparin.
- Berperanan dalam detoksifikasi bahan – bahan beracun.

4. PERUT
- Organ yang berbentuk seperti sac dan dapat dikembungkan bagi membentuk sebahagian daripada kanal alimentari antara esophagus dan duodenum.
- Berfungsi untuk meneruskan proses pencernaan yang bermula di mulut.
- Gaster terletak di bawah diaphragm pada sisi kanan spleen.

5. PUNDI HEMPEDU
- Sac berbentuk pir.
- Terletak di bawah lobus kanan hepar.
- Tempat hempedu di simpan.

6. LIMFA - SPLEEN
- Organ bewarna merah tua yang terletak pada sebelah kiri badan dibawah dan dibelakang gaster.
- Merupakan komponen yang paling utama dalam sistem reticuloendotheal, yang menghasilkan lymphocyte pada bayi baru lahir dan mengandungi phagocyte yang memindahkan sel darah merah yang usang dan bahan-bahan asing lain dari edaran darah.

7. PANCREAS
- Terletak di belakang gaster.
- Satu daripada hujungnya terletak dilengkungan duodenum, hujung yang lain menyentuh spleen.
- Merembes hormon insulin dan glukogen kedalam peredaran darah.

8. GINJAL
- Salah satu dari sepasang organ yang bertanggungjawab untuk perkumuhan sisa-sisa bernitrogen, terutama urea daripada darah di bawah.
- Urine terberntuk mengalir melalui tubul-tubul renal ke urether yang menuju ke urinary bladder.

9. USUS BESAR
- Bahagian utama usus besar.
- Gerakan periltalsis yang kuat menggerakkan kandungan dehidrasi (feses) ke arah rectum.

10. USUS KECIL
- Illeum adalah bahagian paling bawah usus kecil.
- Duodenum  merupakan bahagian pertama usus kecil, ia memanjangkan dari pylorus gaster ke jejunum.
- Deudenum menerima hempedu daripada pundit hempedu dan jus pancreas daripada pancreas.

11. APPENDIX
- Tiub penghujung buntu yang pendek dan kurus, panjangnya 7-10cm.
- Tersemat pada hujung secum.
- Tidak mempunyai fungsi yang diketahui pada manusia tetapi boleh dijangkiti atau menjadi inflamasi.

12. OVARY
- Organ pembiakan perempuan.
- Mengandungi folikel yang menghasilkan ova dan hormon steroid pada kitaran yang teratur.

13. TESTIS
- Salah satu daripada organ sexs lelaki yang menghasilkan spermatozoa dan merembeskan hormones sexs lelaki androgen di bawah pengaruh gonadotrofin dari kelenjar pituitari.
- Terkandung dalam scrotum.

14. PUNDI KENCING 
- Mempunyai dinding oto licin dan mengumpul urine dan semen dikeluarkan.
- Hampir keseluruhan organ ini terbentuk daripada tisu erectile yang dipenuhi darah dalam keadaan kegeloraan sexs supaya penis mengalami ereksi.

15. VAGINA
- Bahagian bawah trek pembiakan perempuan, suatu tiub berotot, dialas oleh membrane mucus yang menyambungkan cervix ke utherus di bahagian luar.

16. KULIT
- Organ terbesar manusia.
- Pelindung tubuh dan organ badan.
- Bertindak sebagai suatu organ perkumuhan melalui rembesan peluh dan sebagai suatu organ deria yang mengandungi receptor.


SISTEM TUBUH MANUSIA : 

- Nervous sistem : Otak, spinal cord, nerves.
- Endocrine system.
- Cardiovascular system : Termasuk peredaran darah.
- Respiratory system.
- Lymphatic system.
- Digestive system / alimentary.
- Musculoskeletal system.
- Sensory organs.
- Urinary system.
- Reproductive system.


FLUID MOVEMENTS

=> Merupakan membrane sel yang terdiri daripada lapisan dwisfolipid yang menentukan ketetapan sel dan bertindak sebagai penghalang kepada bahan yang ingin melintasi membrane sel.
=> Membrane sel tidak menghalang sepenuhnya bahan memasuki sel atau keluar merentasinya.
=> Ia membenarkan bahan yang tertentu memasuki atau keluar merentasinya merupakan sifat penting membrane sel.
=> Membrane sel bersifat : 
- Telap. Yang membenarkan bahan keluar masuk dengan bebas merentasinya.
- Tidak telap. Tidak membenarkan bahan keluar masuk dengan bebas merentasinya






Khamis, 29 September 2011

Kompiusnisme

Phew!!!
Alhamdulillah..sume da setel.. Da boleh rase lega cikit.
Ha? exam? tanak bagi tau..result tak dapat lagi.. Sekarang ni, aku tengah risau sangat-sangat pasal gelpren aku yang makin teruk..Dia tak sihat..ermm.. u all, doakan agar Selena cepat sembuh.
~::My Baby Selena::~

Stress level MAX!!! --> Speechless

Ahad, 18 September 2011

Spesel Untuk Korang!

Holla u olz..
Sibuk-sibuk cam ni pun still sempat ag update blog. Hahaha! Ala, suke hati aku la nak macam mane pun. Kali ni aku nak share something dengan u all lah. Aku sebelum ni penah gak dengar tentang game Angry Birds. Tapi tak la brape heran sangat pun. Sebab aku pun bukan obses dengan game.. Just untuk release tension de ar. Then, tangan gatal, aku pergi cari then download. Tapi ni bukan versi Androidz atau tablet punye, ni versi PC. Hehe..dah main game ni, da best plak. Layan.. Tapi kalau kalah, padan muke! hehe.. So, u all reader, aku hadiahkan kan game feymez tak berape feymez bagi aku ar.. hahaha.. nah, download game ni.


Sabtu, 17 September 2011

Pekebendenye?


Assalamualaikum u all..
Untuk julung kalinya aku nak wish nie..hehe.. Tengkiu untuk semua blog walker and my follower sebab rajin-rajin kan diri untuk visit blog aku nieh.. Ahakz! Tengkiu so much!..

U all perasan tak, sejak-sejak ni aku da kurang bebel kan? da kurang wat karangan. Just simple post. Ye la, sebab aku skrang ni tengah sibuk sangat-sangat. Then tambah plak dengan personal probs. Rase super duper stress. Kadang-kadang sampai aku tak tau nak handle emosi. Tak pasal-pasal member cakap aku sombong. Ades.. I don't mean that beb.. Then aku pun da sangat-sangat malas nak bukak FB. Rase menyampah tahap cipan. Bagus la FB nak close pas ni. Lega sangat-sangat. Kalau nak bukak FB pun, just update kat grup kelas. Buhsan. Lagi bosan aku tengok orang post mende-mende yang remeh. Tolong ar.. Should u tell everybody bout a whole ur life? that's annoying tau tak.. Contoh? "Lapar.." Kan ke sengal tu.. aduh ai.. abeh, nak member @ reader wat pe? belanje korang makan? Siot je.. Ade gak yang nak makan pun bagitaw.. aduh.. Memang aku tak mengadap post cam tu. Naseb FB leyh setting untuk just show mane-mane notification yang user nak je. Lau tak, macam dulu, berlonggok notification. Menyemak. Cam sial. Puih! Kalau ade 99 notification, cume 5 je yang de kaitan. Lagi cam sial.. Huh!

Then, ade satu lagi masalah besar yang miss-miss buat aku menangis.. ermm.. Awek aku a.k.a Selena. ermm.. makin teruk la aku tengok skrin die.. Sedihnya.. T_T. Ade 5 tompok..sebab.. ermmm.. no need to story lah.. Makin sedih aku karang. [syg,sori ye..t i cbe repair u asap. Sekarang ni i tgh bz sgt2. Tapi tak pe, u jangan risau taw. Pe pun, i tak kan cari peganti u. Even terpaksa sekalipun, i tak kan buang komponen u cam tu je. Cam i buat kat mobo dulu. I still simpan lagi kan, even i da ade Asus. And one day, i akan amek mase utuk service u ea.. Sayang kamu lebih!! mmmmmuakz! (^^,) ]

~:: My Beloved Selena ::~

Adios!

Selasa, 13 September 2011

Big War In The Dark Hall


Argh!!!
Dalam ketensennan tahap gaban sambil dengar lagu techno (Hot Chocolate Mix + Fat Angry Birds + Raise Your Power (Dragon Balls)) tahap cipan, aku hantukkan kapala ke dinding! argh! da ready belum neyh? Gaban ah! Mana satu mazhab aku nak ikut pun tak taw da skarang. Lect pun penin.. aku saploh kali pitok.. Brunner vs Lemone? Due-due buat aku jadi biol.. ades.. tu aje  entry untuk kali ni. hahaha! Btw, reader @ blog walker @ my follower, doakan kami candidate Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) bulan 9 (20 Sept 2011) ni lulus! haha! aku neyh, tgh2 bengong, aku smpat lagi buat pic atas ni, create techno songz, pastu shufflez reramai!! hahaha! [sambil hayun kepala layan lagu techno]

Adios!

Ahad, 11 September 2011

My Motivation When I Study

Speechless


Malam tadi, sembang dengan member. Dia ade cakap cam ni "xbermakna dgn org y kte sayang kte akan kwen, org y kte suke kte akan kawen, kwn j la selagi leh kawan, kita xtahu jodoh kita sape, klu da dapat nt jage la bek2 aw... kn3??". Tersentap gaban. Even word tu banyak kali aku dengar, tapi cam “Toing!” kene batang idung sendiri. Ades, terasa gaban. Yup, memang. Tak semestinya orang yang kita kawan @ couple akan berakhir dengan satu ikatan yang sah. So, dari start tu, aku mula terpikir. Tah la. Tak taw nak cakap ape. Terkadang, kita tak duga perkara buruk akan berlaku 5 minit dari sekarang. Mungkin kejap lagi kita gaduh besar tahap cipan dengan dia. Padahal sebelum tu baik je. Hepi2 je. Sebab tu kita tak boleh nak duga. Langsung.

"Dalam cinta ni tak boleh cuba-cuba. Nak try dulu. Nak try bercinta. Agak-agak boleh, boleh la. No.. Tak boleh cam tu. Tu da kira mainkan perasaan orang."
"Abis tu, nak wat cam new?"
"Tah.."

Serik kena cam ni. Kita jaga baik-baik, last-last?.. Kita da cuba adjust line baik-baik, last-last?.. Not desperate la..but need someone to care, to share, to.. to wat ever lah.. Aish, bukan aku. Bukan jugak owner blog ni tawu.. Nun, orang aprika sane nun..

Masalahnya, kalau kita cam da tak sesuai atau nak tarik diri, bagitau dgn die. Itu kalau die masih hidup. Lain la kalau die dah mati. Bincang, kenapa, kenapa, kenapa. Bukan just let go cam tu dengan senyap. Lain la kalau dia da mati ke. Habis tu, kalau main blah gitu je, tu ape kes tu?. Nak masuk kategori ape plak?. Kategori Tindakan Paling Bijak?!

Itu kalau da tak nak. Kalau ade hati dengan orang lain, jangan nak pergi ushar orang lain atau terima lamaran orang lain, then, yang sedia ada ni, biar je? tak pun buat muke tak bersalah. Cukup mase, blah cam tu?

Ada jugak yang aku dengar, base on the true story and just for share lah. Buat macam-macam alasan. Mak ayah tak setuju la, tak restu la, kita tak serasi lagi lah, mak ayah dah ade jodoh untuk sendiri la. Padahal sume tu ALASAN semata! Alasan nak cover empunya badan supaya si dia pikir kita tak bersalah. Nice!!! Bagus ek tindakan cam tu? Macam aku cakap tadi, Jika ada apa-apa halangan atau dah tak serasi lagi, Beritahu, bincang, kenapa, kenapa anda kenapa. Not give reason yang kononnya "AKU TAK BERSALAH". Kalau dah rase diri tu dah besar, dah matang, buat cara professional sikit. Dulu time bercinta, tak hingat. Bila dah ade yang much better, pe yang die korbankan, ape yang die lakukan untuk kita sume hanyut macam tu je? Then, reason untuk next couple, ex tak sesuai, membosankan, itu ini itu ini. Bagus! Nak cover lagi?

Lepas tu buat perkara yang sama? continues sampai bile? 



Khamis, 4 Ogos 2011

Windu Diew.. =P

:: My Mucuk Selena ::



haaaa..windunye tat my baby..  alala mucuk2 die.. haaa..seminggu taw tak jumpe die..ni bawu dpt jmpe setelah aku balik dr kg..haha..aku store die tat dlm locker..hahaha.. tatot de org skodeng umah, xpasal2 die rembat awek aku.. "Lu rembat Selena, Gua rembat Lu!" haha ..pengaruh filem tol lar.. btw, pas bg kiss,aku terus on a.k.a pasang kan dia.. Taraaa.. da cyap.. Performance tetap maintain..phew! marvelous bebeh! 

ni nanti coming soon, nk bwk selena blik umah ke tak? cuti lame kot..tak kan nk tinggal.. ermm... how come ar.. ermm..lau tinggal, lame kot..abeh, tak kan nak bawak Baby Buffalo je.. lau bawak Selena, boleh, tapi nek pe? tak kan nk suh bos amek? ermmm..jauhhh.. fuuh..cyan plak..ermm.. bawak ke tak, tggu akan datang..huhu..


see ya next post!
To my baby a.k.a Selena, Lurve U sooo much! muaxkz! (^^,)v






p/s: act nk post td mlm..line plak cam bangang..adesh..

Ahad, 24 Julai 2011

Wahai Bakal Isteriku


Assalamuialaikum..apa khabar buat bakal isteriku. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya

Rasulullah SAW pernah bersabda: 'Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah,'

Alhamdulillah, itulah anjuran Islam melalui Rasulullah SAW yang kita cintai. Pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga rumah tangga muslim yang bakal dibina saat menikah nanti.


Wahai bakal isteriku,
'Dinikahi seorang wanita karena empat perkara, karena hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah agamannya, maka beruntunglah kedua tanganmu'.

Itulah sebuah pijakan utama buatmu memilih calon isteri. Sebuah pijakan utama itu telah menjadi hafalanku sejak aku beranjak dewasa (baca; baligh). 

Wahai bakal isteriku,
Jika harta yang engkau idamkan, maka ketahuilah diriku bukanlah orang yang berada. Tiada harta yang dapat kupersembahkan dalam ijab-kabul kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahwa engkau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab-kabul telah dilafazkan.

'Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir'. (QS Ar Ruum: 21)

Jika keturunan yang engkau dambakan, ketahuilah bahwa aku hanyalah manusia biasa dari keluarga yang biasa pula. Namun apa yang pasti. Aku adalah keturunan yang mulia, ayahanda adalah Nabi Adam as dan bunda Siti Hawa as, sama seperti mu.

"Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. Jika Allah menolong kamu, Maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), Maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal. (QS. Ali Imran: 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahwa engkau juga tidak terlepas seperti manusia yang lainnya. Ketahuilah wahai calon isteriku, jika kecantikan itu yang engkau inginkan dari diriku, maka engkau telah salah langkah.

Tiada kecantikan yang terlihat orang lain yang dapat kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Engkau hanya akan sia-sia jika hanya menginginkan kecantikan lahiriah semata. 

Dan aku tidak dapat menjanjikan, bahwa aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nantinya, karena aku memerlukan engkau untuk bersamaku untuk menegakkan dakwah islam ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markaz dakwah dan tarbiyah islamiyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung, Allahu Rabbi.

Mencari ilmu agama secara bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekal ilmu agama yang ada ini, aku ingin menjadi suami yang sentiasa mendapat keridhaan dari Allah dan suamiku.

Hal itu tak lain untuk memudahkan aku membentuk rumah tangga muslim antara aku, engkau dan anak-anak kita nantinya untuk dibina dan diberikan pendidikan dengan ketaatan kepada Allah SWT. Aku pun hanya akan bercita-cita untuk bisa bergelar pendamping solehah bagi sang suami, seperti yang dijanjikan Rasulullah SAW.

'Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu'. (QS An Nisa: 1)

Bakal isteriku yang dirahmati Allah,
'Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka'. (QS. An Nisaa: 34.)

Aku yakin bahawa engkau adalah pembantuku dan anak-anak kita sebagai pewaris dakwah Islam. Maka, jadikanlah pernikahan ini nantinya sebagai asas pembangunan iman, bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai hawa nafsu semata.

Semoga diriku dan dirimu sentiasa didampingi rahmat dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan nilai kesabaran, dan ketabahan. Semoga kita akan menjadi salah satu daripada jamaah menuju ke syurga, insya Allah.

Bantulah aku dalam memperjuangkan dakwah Allah ini melalui pernikahan, karena ia adalah tempat untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada harta duniawi yang ingin kau sediakan untukku.

Wahai calon isteriku,
Lihatlah rumahtangga Rasulullah SAW, terkadang sebulan pernah dapurnya tidak berasap karena tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Namun, walau begitu susahnya, rumahtangga Rasulullah SAW tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia, yang tidak ada bandingnya hingga hari ini.

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan surat ini. Cukup dahulu aku buat surat ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhirnya, saya mohon maaf, biarlah rindu ini ditumpahkan dalam tinta daripada jemu tatkala kita disatukan.

Assalamualaikum..

Sabtu, 23 Julai 2011

Imunisasi Aktif dan Perolehan

Imunisasi aktif dan perolehan diterangkan secara ringkas dalam pic dibawah.

Penyakit Alzheimer

Kali ni nak share tentang medic plak. Ni eseimen aku. Bace boleh. Nak copy, copy la..tp better mintak pemission aku dulu.. pm tat fb @ email..Nape? haha..pk la sndiri.. huhu..


Pengenalan

                Alzheimer juga pada pandangan umum seringkali dikaitkan dengan nyanyuk. Alzheimer adalah sejenis penyakit neurologi yang tidak diketahui punca sebenar penyakit ini. Ia menyerang individu yang berumur seawal 40an dan keatas. Penjagaan yang teliti harus dijalankan bagi mengelakan sebarang tindakan luar kawal dilakukan oleh pesakit. Alzheimer dan Dementia adalah dua keadaan yang berbeza. Tetapi mempunyai sifat yang hampir sama. Terma-terma lain yang berkait rapat dengan Alzheimer ialah, Dementia, Delirium, serta Senile (nyanyuk).
Klik untuk besarkan imej

Definisi

                Mengikut Suzzane C. Smeltzer Alzheimer adalah sejenis penyakit yang berkait rapat dengan saraf atau neurologi. Mengikut kajian yang dijalankan oleh para saintis, ia adalah penyakit yang berkembang, tidak boleh “diundur”, dan penyakit saraf yang merosot. Ia juga tersembunyi dan berbahaya. Ia menghilangkan daya kognitif pesakit secara beransur-ansur dan juga memberi kesan kepada sifat pesakit. Ia mula dilihat seawal umur 40 hingga 65 tahun. Tidak mengenal lelaki mahupun wanita. Ia adalah sebahagian yang tidak normal dalam proses penuaan. Berdasarkan kajian yang dijalankan, jika penjagaan dan pencegahan awal tidak diambil, lebih kurang 13.2 bilion orang Amerika berisiko untuk mendapat Alzheimer. Walaupun kita percaya bahawa faktor umur adalah punca risiko mendapat Alzheimer, persekitaran, faktor pemakanan dan inflamasi juga faktor yang boleh menentukan seseorang itu berisiko mengidap penyakit kognitif tersebut. Alzheimer boleh diklasifikasikan kepada dua (2), iaitu Familial atau early-onset Alzheimer dan Sporadic atau late-onset Alzheimer. Sifat bagi familial atau early-onset adalah luar biasa, dan ia Cuma dalam 10% dikalangan pesakit Alzheimer. Kebiasaanya disertakan dengan genetik mutasi dan ia sering terjadi pada pertengahan dewasa


The Etiology of Alzheimer’s Disease


Faktor Biologi

                Etiologi penyakit Alzheimer masih lagi tidak dapat dikenalpasti. Ia memerlukan penglibatan kombinasi yang kompleks, diantara faktor genetik dan persekitaran. Faktor genetik melibatkan peranan yang ketara pathogenesis penyakit Alzheimer. Dalam familial form, penyakit Alzheimer adalah disebabkan oleh mutasi pada kromosom 21, 14 dan 1 dan menyebabkan autosomal mode dominant. Dan setiap mutasi bertukar, menghasilkan lebih protein seperti yang ditemui neuritic plaque, β-amyloid. Serangan penyakit pada ahli keluarga biasanya awal, tetapi, punca semulajadi penyakit ini adalah mungkin disebabkan oleh faktor persekitaran. Walaubagaimanapun, ianya adalah sikit (kurang dari 5%).
Kira-kira hampir 50% individu yang mempunyai sejarah penyakit Alzheimer itu dalam 80an dan 90an mengembangkan penyakit tersebut. Segala kemungkinan berkaitan faktor gen adalah masih didalam kajian. Walaubagaimanapun, sebahagian perubahan neurologic berkaitan dengan peningkatan penuaan otak dan berisiko mengidap penyakit Alzheimer dengan peningkatan umur. Ini termasuklah kehilangan synaptic, pengurangan dendritic span, pengecutan saiz, dan kepadatan neuron dalam nucleas basilus of Meynent dan rendah cortical acetylcholine.


Faktor Yang Tersembunyi.

                Sesetengah faktor yang tersembunyi melambatkan proses terjadinya Alzheimer sudah dikenalpasti. Genetik kekal dengan ApoE-e2 allele mengurangkan risiko penyakit Alzheimer, meskipun tindakan mekanisme masih belum dikenalpasti. Penggunaan sesetengah ubat contohnya non steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) dan terapi penggantian estrogen mungkin melambatkan mengidap penyakit ini. Vitamin E dan ubat selegine (juga dikenali sebagai depenyl) juga berkemungkinan terjadinya penyakit jangkamasa panjang ini, termasuk penempatan penjagaan dirumah.
                Tindakan mekanisma agen tersembunyi masih lagi tidak diketahui sepenuhnya, tetapi dijangkakan untuk melawan kesan buruk daripada menitikberatkan oksidative (melalui antioksida seperti vitamin E atau estrogen) atau tindakan pembetukan plak.


The Phatophysiology of Alzheimer’s Disease

                Perkembangan mendiagnos dengan tepat dan efektif untuk mengesan penyakit Alzheimer ini haruslah berasaskan pemahaman asas pathophysiologynya. Aplikasi molekul genetik, biokimia, dan  teknik morfology dalam penyakit ini semasa dua dekad telah menghasilkan data yang kompleks yang semakin berkait rapat dengan perihal phatogenic dalam satu jangkamsa yang berturut-turut. Walaupun pemahaman mekanisme penyakit ini semakin berkembang, namun, perkembangan @ kesesuaian persetujuan para penyiasat tentang proses dan simptom-simptom.
Walaupun kajian masih belum tahu apa yang memulakan proses penyakit Alzheimer's, kita tahu bahawa kerosakan otak bermula sebanyak 10 hingga 20 tahun sebelum timbul masalah yang jelas. Tangles mula terbentuk jauh di dalam otak, di daerah yang disebut korteks entorhinal, dan bentuk plak di daerah lain. Ketika plak semakin banyak dan tangles di daerah otak tertentu, neuron sihat mula kurang cekap bekerja. Kemudian, mereka kehilangan kemampuan mereka untuk berfungsi dan berkomunikasi antara satu sama lain, dan akhirnya mereka mati. Proses merosakkan menyebar ke struktur di dekatnya, yang disebut hippocampus, yang penting dalam pembentukan kenangan. Kerana kematian neuron meningkat, daerah otak yang terkena mulai menyusut. Pada tahap akhir Alzheimer, kerosakan luas dan jaringan otak telah menyusut secara signifikan.
Klik untuk besarkan imej

                Otak manusia adalah organ yang luar biasa. Proses kompleks kimia dan elekrikal terjadi dalam otak kita yang membolehkan kita berbicara, bergerak, lihat, ingat, beremosi dan membuat keputusan. Di dalam otak yang sihat  dan normal, berbilion-bilion sel yang disebut neuron terus berkomunikasi antara satu sama lain. Ia menerima mesej antara satu sama lain sebagai beban elektrik perjalanan menuruni akson ke hujung neuron. Penghasilan tenaga elektrik kimia yang dipanggil neurotransmitter. Proses penghantaran impulse bergerak melalui ruang mikroskopik, atau sinaps, antara neuron. Mereka mengikat ruang reseptor pada dendrit dari litar neuron. Litar berongga ini, membolehkan komunikasi berlaku di dalam otak. Neurotransmisi yang  sihat sangat penting bagi otak untuk berfungsi dengan baik. Penyakit Alzheimer sering mengganggu proses ini. Gangguan kemampuan neuron untuk berkomunikasi diantara satu sama lain, penyakit ini dari masa ke semasa merosakkan ingatan dan kemampuan berfikir. Penyelidikan saintifik telah mendedahkan beberapa perubahan otak yang terjadi pada penyakit Alzheimer. Struktur yang abnormal dipanggil plak amiloid beta dan neurofibrillary tangles  adalah ciri biologi klasik dari penyakit ini. Plak terbentuk ketika protein spesifik pada membran sel neuron diproses secara berbeza. Biasanya, enzim yang disebut Alpha-secretase SNIPS protein prekursor amiloid, atau APP, dihasilkan sedikit. Enzim kedua, Gamma-secretase, juga SNIPS APP dihasilkan di tempat lain. Enzim yang dikeluarkan memberi manfaat neuron.
Pada penyakit Alzheimer, bahagian pertama biasanya menghasilkn lain, Beta enzim-secretase. Dengan itu, digabungkan dengan bahagian yang dihasilkan oleh Gamma-secretase, hasil dalam keluaran serpihan singkat APP disebut Beta-Amyloid. Ketika sekumpulan serpihan bergabung, mereka menjadi beracun dan mengganggu fungsi neuron. Dengan penghasilan enzim yang banyak, peningkatan oligomer ini dalam saiz dan menjadi insoluable, akhirnya membentuk plak Beta-Amyloid. Tangles neurofibrillary dibuat ketika tau protein yang telah diubahsuai. Dalam sel-sel otak normal, tau menstabilkan struktur penting, untuk sistem pengangkutan dalaman sel. Nutrisi dan perkhidmatan penghantaran impulse yang mengalirkan impulse yang disebut mikrotubul ke seluruh bahagian neuron.
Pada penyakit Alzheimer, tau abnormal memisahkan dari mikrotubul, menyebabkan ia berpecah. Serpihan tau itu tadi akan bergabung membentuk tangles di dalam neuron, ia mematikan sistem pengangkutan dan menghancurkan sel. Neuron di daerah otak tertentu dilepaskan daripada satu sama lain dan akhirnya mati, menyebabkan kehilangan ingatan. Selama proses tersebut berlaku, otak akan menyusut dan kehilangan fungsi. Kita sekarang sedia maklum, bahawa banyak perubahan yang berlaku di dalam otak dengan penyakit Alzheimer, namun ia masih dalam kajian. Perubahan lain yang terjadi di otak, penuaan dan sel-sel dan apa yang dilakukan, yang mempengaruhi penyakit lain, genetik, dan faktor gaya hidup terhadap risiko mendapat penyakit Alzheimer sebagai usia otak dan tubuh. Penelitian ilmiah dilakukan untuk membantu mengungkap misteri Alzheimer dan gangguan otak yang berkaitan. Dengan kajian yang mendalam, penyelidikan bergerak lebih dekat untuk mencari cara-cara untuk mengubati dan mencegah penyakit ini sepenuhnya.

Klik untuk besarkan imej
Rawatan Perubatan

Berikut adalah antara medikasi yang diluluskan oleh U.S Food and Drug Administration untuk pesakit Alzheimer. Untuk pesakit tahap mild atau moderate, diberi Donepezil (Aricept®), Rivastigmine (Exelon®), Galantamine (Razadyne®)(Donezepil boleh juga diberi pada pesakit yang berada pada tahap severe). Manakala Memantine (Namenda®) pula diberi untuk pesakit yang berada pada tahap severe. [Detail medication aku tak taruk. Panjang sangat. Cari dalam buku PDR Drugs Books 2006/2007.]



p/s: Nursing intervention aku tak masukan jugak. sebab panjang sgat, malas nak buat table.



Undang-undang hati



Malam ni sendiri lagi. Hujan diluar masih lagi kedengaran. Tubuh seakan "mati" disini dengan perlahan. Tetapi hujan melenyapkan tangisanku

Awak,
Tiada lagi air mata ini untuk ditangisi. Kerana aku terlalu lemah dengan semua ini. Terlalu sakit untuk aku lalui tanpa kau disisi. Pengubat aku tidaklah sesukar bertemu, cukuplah apa tanda. Sakit membisu. Suasana diluar menenggelamkan suara tangisanku

Awak,
Awak meninggalkan saya dengan kebingungan. Dan kini, saya masih menangisi kehilanganmu.

Tinggalkanlah aku sendirian. Dan tiada siapa yang akan ketahui yang air mata ini akan mengikis. Mengikis hati yang sedang menangisi akan seseorang. Saya cuba sembunyikan semua parut dihati. Ternyata saya tidak berdaya. Bagaimana dengan mudah saya melakukan semua ini?. Ternyata tidak terlintas difikiran awak akan keadaan saya yang menangisi ketiadaan ini. Awak meninggalkan saya tanpa khabar berita, tanpa suara. Pergi begitu sahaja, dan mengharap masa akan menentukan?.


Bila cinta kini tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan manisnya janjimu
Yang ku sambut itu dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi tinggalkanku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hinggaku terjatuh
Dalam harapan
Ku sebut namamu
Di setiap doaku
Ku kan setia di mana tempatmu
Yang ku dapat hanyalah bayangmu
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hinggaku terjatuh
Dalam harapan
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hinggaku terjatuh
Dalam harapan...

Perginya air mata ini bukan bermakna aku tewas. Bukan bermakna aku lepas tangan. Bukan menolak takdir yang aku sedang hadapi. Tapi, aku terpaksa belajar untuk melepaskan kau pergi. Kerna, dalam soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan. Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta yang mendalam, dan tiada yang lebih ngeri daripada kehilangan dia yang tersayang. Dengan cinta aku bangkit, dengan cinta jualah aku tersungkur. Aku mencintai kamu sejak sekian lamanya. Aku pernah memupuk semangat itu bersama-sama kamu. Agar ia tetap subur. Acap kali aku mengungkapkan kata cinta, acap kali aku berdiri kata setia. Tapi hatiku bagai ditoreh dengan bilahan kaca apabila aku melihat kau bersama dengannya. Sepatutnya aku berada ditempat itu. Kerana kau tak mampu aku hilangkan dari ingatan, tak semudah yang kau fikirkan, tak seperti kuharapkan. Aku sedar, pada pandangamu aku cuma sahabat kepada kekasihmu. Aku mengaku kini. Aku tewas. Hatiku hancur kerana terlalu mencintaimu...


"Air mata yang mengalir lebih deras dari perkataan 
yang keluar dari mulut ini"







Rabu, 20 Julai 2011

Masihkah Kau Ingat?

Kala kesunyian aku cuba memendam rasa, suatu perasaan yang tidak suka aku simpan, menjadi luka, saban hari aku cuba, tiada makna. Sampai bila?


Awak,

Pernahkah awak cuba ingat balik macam mana kita berdua?
Betapa uniknya perkenalan kita ?
Dari kawan biasa hingga berkasih sayang, berduka lara,
Dari suatu nasihat kepada Cinta.

Awak,
Perkenalan kita dimata orang
Mungkin sekadar biasa-biasa
Tetapi bagi saya
Tersimpul seribu makna.

Ingat tak waktu saya mula-mula tegur awak?
Saya cakap, "Boleh saya berkenalan dengan awak?"
Awak menjawab "bolehkah saya percaya?"

Awak,
Sudah banyak awak luahkan kepada saya
Tapi saya tidak sanggup berkata-kata
Saya takut awak terluka
Terhadap kata seorang jejaka

Pernah ketika itu,
Awak tanya kepada saya tentang perasaan saya pada awak
Saya cakap "Saya akan jaga awak sehingga akhir hayat saya"
Awak jawab "ah, itulah ayat lelaki"

Tapi saya masih lagi dengan janji-janji saya bukan?

Ingat tak waktu awak mahu keluar makan bersama pada tarikh 19 Feb 2010
Saya cakap saya tidak berharta, kereta pun tiada
Tetapi awak cakap awak ambil saya depan rumah saya dengan kereta awak
semata-mata untuk bersama saya.

Awak,
Begitu banyak mahu saya ungkapkan
Tetapi tidak pernah berkesempatan
Sekarang cuma satu saya harapkan
Memori kita jangan dilupakan

Pernah suatu ketika
Saya terguriskan hati awak
Bukan niat asalnya
Cuma mahu menghiburkan awak

Awak,
Setiap detik masa kita bersama
janganlah awak lupa
kerana awaklah satu-satunya
cinta hati saya.

Cukuplah sekadar pembias kata
hati ini masih terluka
bukan kerana terkena kaca
tetapi sukar dingkapkan dengan kata-kata

Awak,
Tarikh 28 Jun sentiasa ada
Dimasa itulah memori luka paling dalam
bukan salah siapa-siapa
memang tiada jodoh antara kita.

Awak,
Saya pernah cakap yang
Awak cinta hati saya
cuma awak yang saya sayang
awaklah dunia saya.

Pernah satu ketika,
awak bertanya "sejauh manakah sayang saya?"
Ketika itu saya berkata,
"Sehingga akhir hayat saya!"

Awak hanya tersenyum
lebar sampai ke telinga
mendengar bingkisan
jiwang dari saya

Awak,
Sejauh mana saya cuba
begitulah terasa
bukan senang nak lupa
bila sayang menjelma

Pernah,
Pernah hati ini dicalarkan berulang kali
Tapi saya tak kisah pun awak
Sebab saya tahu, bukan mudah memiliki sesuatu yang kita benar-benar sayang

Lalu saya lukiskan setiap kepedihan itu diatas angin
agar ia cepat berlalu dan tak ada dalam lipatan sejarah
Sebab apa saya buat begitu?

Sebab
Saya sayangkan awak
saya perlukan awak
saya rindu hilai tawa awak
saya rindu ajukan awak

e-junior ebook


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...