rss
twitter
    If today was perfect there would be no need for tomorrow.

Rabu, 20 Julai 2011

Masihkah Kau Ingat?

Kala kesunyian aku cuba memendam rasa, suatu perasaan yang tidak suka aku simpan, menjadi luka, saban hari aku cuba, tiada makna. Sampai bila?


Awak,

Pernahkah awak cuba ingat balik macam mana kita berdua?
Betapa uniknya perkenalan kita ?
Dari kawan biasa hingga berkasih sayang, berduka lara,
Dari suatu nasihat kepada Cinta.

Awak,
Perkenalan kita dimata orang
Mungkin sekadar biasa-biasa
Tetapi bagi saya
Tersimpul seribu makna.

Ingat tak waktu saya mula-mula tegur awak?
Saya cakap, "Boleh saya berkenalan dengan awak?"
Awak menjawab "bolehkah saya percaya?"

Awak,
Sudah banyak awak luahkan kepada saya
Tapi saya tidak sanggup berkata-kata
Saya takut awak terluka
Terhadap kata seorang jejaka

Pernah ketika itu,
Awak tanya kepada saya tentang perasaan saya pada awak
Saya cakap "Saya akan jaga awak sehingga akhir hayat saya"
Awak jawab "ah, itulah ayat lelaki"

Tapi saya masih lagi dengan janji-janji saya bukan?

Ingat tak waktu awak mahu keluar makan bersama pada tarikh 19 Feb 2010
Saya cakap saya tidak berharta, kereta pun tiada
Tetapi awak cakap awak ambil saya depan rumah saya dengan kereta awak
semata-mata untuk bersama saya.

Awak,
Begitu banyak mahu saya ungkapkan
Tetapi tidak pernah berkesempatan
Sekarang cuma satu saya harapkan
Memori kita jangan dilupakan

Pernah suatu ketika
Saya terguriskan hati awak
Bukan niat asalnya
Cuma mahu menghiburkan awak

Awak,
Setiap detik masa kita bersama
janganlah awak lupa
kerana awaklah satu-satunya
cinta hati saya.

Cukuplah sekadar pembias kata
hati ini masih terluka
bukan kerana terkena kaca
tetapi sukar dingkapkan dengan kata-kata

Awak,
Tarikh 28 Jun sentiasa ada
Dimasa itulah memori luka paling dalam
bukan salah siapa-siapa
memang tiada jodoh antara kita.

Awak,
Saya pernah cakap yang
Awak cinta hati saya
cuma awak yang saya sayang
awaklah dunia saya.

Pernah satu ketika,
awak bertanya "sejauh manakah sayang saya?"
Ketika itu saya berkata,
"Sehingga akhir hayat saya!"

Awak hanya tersenyum
lebar sampai ke telinga
mendengar bingkisan
jiwang dari saya

Awak,
Sejauh mana saya cuba
begitulah terasa
bukan senang nak lupa
bila sayang menjelma

Pernah,
Pernah hati ini dicalarkan berulang kali
Tapi saya tak kisah pun awak
Sebab saya tahu, bukan mudah memiliki sesuatu yang kita benar-benar sayang

Lalu saya lukiskan setiap kepedihan itu diatas angin
agar ia cepat berlalu dan tak ada dalam lipatan sejarah
Sebab apa saya buat begitu?

Sebab
Saya sayangkan awak
saya perlukan awak
saya rindu hilai tawa awak
saya rindu ajukan awak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

e-junior ebook


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...