rss
twitter
    If today was perfect there would be no need for tomorrow.

Khamis, 9 Jun 2011

Perlu ke sayang bersebab?

Hehe..tetibe plak terrrpikir satu soalan ni.. Perlukah kita sayang someone bersebab? Kenapa ye? ermmm.. baru-baru ni bloging walker jap..wat simple research.. tengok, nape orang disekeliling sayangkan someone? de sorang mamat ni, sayangkan someone atas dasar paras rupa semata? OMG! Dude, pliz la.. jgn jadi buta dalam hal ni.. paras rupa tak jamin kebahagiaan kau seumur hidup. Cukup masa, same-same jadi tue.. See? ade yang molek budi, kau jadikan ia apa? ade  gak yang kerana sikap penyabar partner, caring, cute.. cute? OMG!!.. ego, pandai pujuk, tak kuat merajuk, rahsia (aik, rahsia plak??).. and much more lah.. (list ilang sebab tetibe tak de karen, then tak sempat save. Padan mke aku).. 

See, lau kite sayangkan die sebab die caring, adakah orang lain tak pandai caring? tah-tah cara caring orang lain lagi hebat dari partner kamu. Penyabar? orang lain pn penyabar gak.. Mane kamu tahu orang lain tak sesabar partner kamu? kamu pernah cuba? of koz tidak bukan? Act, semua ni ade dalam sikap setiap setiap manusia. Cuma si dia yang ushar kamu, then kamu terpaut sebab sikapnya.

Adakah kamu sayang atas sebab sikapnya? Contohnya jika si dia pandai pujuk. Jika si dia tidak pandai pujuk, maka kamu tidak sayangkan dia? Begitu? yang aku pelik, ade gak manusia sayangkan si dia atas sebab "ego"?? biar betik.. ermmp.. tah ar.. masing-masing.. Pernah jugak aku dengar, ade yang sayangkan partner nyer sebab perut.. wat da hell? perut? tolong ar.. lau die eksiden, perut terbelah. then after operation, perut die da tak macam sebelum ni. perasaan sayang kamu pun turut lenyap? owhh.. i c..

Habis tu, kenapa kamu sayangkan die? Jika atas sebab tempoh masa kamu berkenalan. Adakah tempoh masa kamu kenal si dia itu cukup untuk kamu mengukuhkan perasaan itu? Kamu kenal sudah berapa lama? setahun? 3 tahun? 7 tahun? Selama kamu kenal si dia, pernah kamu menghadapi masalah, dan dia turut bantu? selalu? kerap berjumpa? Ok, kalau cam tu, bagaimana dengan rakan sekolah kamu? sekolej? mungkin kamu kenal rakan sekolah atau kolej kamu lebih lama dari si dia bukan? Jadi, tempoh masa boleh dijadikan ukuran?

Si dia sudah kenal ibu bapa kamu? So? adakah pengenalan dengan ibu bapa atau ahli keluarga terdekat menjadi ukuran yang kamu harus menyayangi dia? Begitu? bagaimana pula dengan rakan atau jiran kamu? 

Si dia pandai? lau die bodoh? booo layan? atau harta? Teringat saya satu kisah percintaan rakan saya. Saya tanya, apakah perkara yang membuatkan kau  tertarik dengan mamat tue? die jawab "sebab suka tengok gaya rambut die.." Haa? kerana kedudukan rambut leyh tertarik? lau 10 mamat bangla wat camtu? sepuluh-sepuluh kau kaut? OMG! Like! stupid reason.huh!

jika kes yang pernah terlanjur, alasanya sebab si dia pernah lihat tubuhku, dan "merasmikan" aku. Yang kamu bagi dia maruah kamu kenapa? Jika kamu terlanjur di hotel RM75 semalam. Adakah maruah kamu semurah RM75? Dengan laburkan 75hengget, si dia dapat amek maruah kamu. Then, janji sehidup semati? Bayangkan, jikalau sebulan lepas tu, die meninggal dunia. Bagaimana dengan maruah kamu yang dah tergadai? Sape nak amek kamu?. Anak-anak sekelian, terutamanya remaja, jangan gadaikan maruah pasangan kamu dengan perlakuan tekutuk. bagaimana pula jika someone yang anda tidak kenal, merogol ibu anda atau adik perempuan atau kakak anda. Kemudian perogol ade HIV. Of koz kamu tidak mahu itu terjadi. Samelah dengan perasaan ibu bapa pasangan kamu. bukankah kecewa hati mereka bila dapat tahu yang anaknya sudah tiada maruah. Lagi hancur hati mereka jika kamu menggugurkan janin. Jika si dia benar-benar sayangkan kamu, pastikan si dia ada ciri-ciri kepimpinan atau sebagai ketua. Ingat, tanggungjawab lelaki bukan sekadar bagi nafkah batin semata.

Kamu nak kalau di akhirat nanti, apabila di hitung, anak kamu menarik kamu dari syurga lalu masuk keneraka. Sebab ape, sebab kamu tidak berikan didikan agama yang cukup. Kemudian kamu pula tarik suami kamu yang sedang berada di syurga. Satu keluarga pakej neraka. Si bapa ditarik sebab tidak memberi didikan agama kepada anak, dan tidak melarang isterinya untuk menayang aurat dikhalayak ramai. Pakej Family Combo lau dalam kepsi... 

See, atas dasar apa kamu memilih si dia sebagai teman hidup? Jika benar cinta memerlukan pengorbanan, bukan maruah yang digadaikan.. Jika cinta itu buta, janganlah kamu jadi mangsanya. Jika perasaan sayang benar hadir dalam hati kamu, ia hadir tanpa dipaksa. ia hadir tanpa kamu sedari. ia hadir tanpa sebab. ia hadir Lillahi Ta'ala.. 




Letakan priority pasangan kamu no 5. Bukan yang utama, bukan yang teratas. Walaupun namanya bermula dengan huruf A...

Setiap perhubungan lahir dari perasaan cinta, anugerah dari yang Maha Esa. Hargailah ia sebaiknya



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

e-junior ebook


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...