rss
twitter
    If today was perfect there would be no need for tomorrow.
Memaparkan catatan dengan label Medical. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Medical. Papar semua catatan

Jumaat, 30 September 2011

Asas Anatomi Dan Organisasi Tubuh Badan


ORGANISASI TUBUH BADAN

Anatomy : Kajian berkaitan dengan tubuh badan manusia di bina, bahagian-bahagian, susunan organ & hubungan diantara satu desngan yang lain.

Physiology : Kajian tentang fungsi tubuh badan, struktur, organ-organ yang ada dalam tubuh badan.

Jenis anatomi :
1. Anatomi Regional – mempelajari sesuatu bahagian aggota secara keseluruhan struktur binaannya termasuk fungsi setiap sistem.
2. Anatomi Systemic – mempelajari anatomi melalui fungsi utama yang dijalankan oleh anggota atau bahagian organ.

Sistematik Anatomi

> Sistem skeleton – tulang & rawan
> Sistem articular – sendi & ligament
> Sistem muscle – otot tubuh
> Sistem nervous – saraf
> Sistem circulation – peredaran darah
> Sistem respiratori – pernafasan
> Sistem digestive – sistem yang terbuka
> Sistem urinari – saluran ekskresi
> Sistem endocrine – kelenjar
> Sistem integument – lapisan luar badan
> Sistem reproductive – organ genital internal / eksternal


Istilah Anatomi

> Kedudukan anatomi tuboh berada dalam keadaan berdiri tegak, dengan kepala, mata, & jari kaki menghadap ke hadapan, manakala anggota atas terletak di sisi tuboh dengan tapak tangan menghadap ke hadapan.
> Satah :
- Median : tuboh dibahagi kepada 2 bahagian. kiri kanan tubuh.
- Koronal : membahagikan tubuh pada bahagian hadapan dan belakang
- Transverse : membentuk sudut tepat dengan satah sagital dan satah koronal & membahagi tubuh kepada bahagian atas & bawah


Istilah Kedudukan
> Anterior (ventral / hadapan)
> Posterior (dorsal / belakang)
> Superior ( cranium / rostra)
> Inferior (caudal / bawah)
> Medial (tengah / terdekat dengan tubuh)
> Lateral (jauh dari tubuh)

Istilah Perbandingan
> Proksimal (lebih dekat dengan tubuh)
> Distal ( jauh dari tubuh)
> Sempadan pra aksial (sempadan luar)
> Sempadan post aksial (sempadan dalam)
> Ipsilateral (telinga kanan,ibu jari kanan)
> Kontralateral (terletak disisi yang bertentangan pada tubuh)
> Superficial (dekat dengan kulit)
> Profundus (jauh drpd kulit / permukaan luar badan)
> Eksterior (permukaan luar organ)
> Parietal (lapisan yang hampir dengan dinding tubuh)
> Visceral (hampir dengan organ)

Istilah Pergerakan
> Fleksi (bengkokkan tubuh ke depan)
> Ekstensi (bengkokkan tubuh ke belakang)
> Abduksi (kedudukan lateral menjauhi satah median)
> Aduksi (menghampiri satah median)
> Putaran (memetar salah satu sendi)
> Sirkumduksi (sendi bahu dibengkokkan)

Bahagian Anatomi Tubuh
> Anggota atas
> Lengan atas
> Siku
> Lengan bawah
> Tangan
> Anggota bawah (punggung)
> Paha
> Lutut
> Tungkai bawah (antara lutut dengan pergelangan kaki)
> Kaki
> Thorax (antara leher dan abdomen)
> Abdomen (sebelah kiri)
> Pelvis & perinium
> Kepala & leher

Isi Kandungan Ruang Tubuh
> Ruang cranial – brain, spinal cord
> Ruang thorax – leher, heart, esophagus
> Ruang abdominal – esophagus, stomach, ileum, liver, kidney
> Ruang pelvic – urinary bladder, cervix & fallopian tube, bahagian sigmoid dan sekum usus besar

Kajian anatomi dijalankan melalui :
1. Macroscopic – kajian dengan mata kasar. Dilihat dengan mata.
2. Microscopic – kajian tentang tisu tubuh badan dengan menggunakan microscop.

Pengkajian yang berkaitan dengan ilmu Anatomi dan fisiologi
1. Sistologi – Pengkajian tentang sel yang terkecil dakam tubuh badan.
2. Biokimia – Pengkajian tentang unsur elektrolit & tindakan fizikal (gerak geri) serta tindakan fisiologi ( suhu badan)


Proses Intergrasi Tubuh Badan

Keperluan asas dalam tubuh badan manusia :

KEPERLUAN SISTEM YANG MENYEDIAKAN
- Pengangkutan dalaman
- Cardiovascular
- Limfatik
- Pengambilan bahan mentah
•  makanan
•  oxygen
•  Mulut ke usus besar
•  hidung-salur udara-peparu-pernafasan luar dan dalam

- Eliminasi bahan kumuhan
- Urinari
- Respiratory
- Digestive (kulit/hati)

- Communication
• dalaman
• luaran
• saraf, endokrin
• organ deria

- Pertahanan dari persekitaran luar
- Sistem integumentari (kulit)
- Reproduksi
- Organ sexs lelaki / wanita

Ciri universal sel
1. gerakan 
2. metabolisme
3. pernafasan
4. ekresi
5. tumbesar
6. irritibiliti
7. pembiakan


HOMEOSTASIS

* Keseimbangan yang berlaku dalam tubuh badan diantara bahan-bahan persekitaran dalam  dan luar.
* Merupakan imbangan yang dinamik, walaupun berubah-ubah tetapi terkawal.
* Perubahan phisiologi bukan keadaan yang hemeostasis.
* Proses penting tubuh yang mesti kekal homeostasis : 
- suhu badan
- air dan elektrolit
- tahap glukosa dalam darah
- tekanan darah. cara kawal dengan (-) feedback mechanism atau (+) feedback mechanism


NEGATIVE FEEDBACK MECHANISM

* Tindak balas effector menurunkan kesan rangsangan asal untuk mengekalkan keadaan hemeostasis.
* Untuk mengekalkan satu keseimbangan tubuh badan, satu sistem pengesan (sensor) diperlukan untuk mengesan sebarang perubahan yang berlaku.
* Contohnya : suhu badan dikawal rapi.


POSITIVE FEEDBACK MECHANISM

* Bertentangan dengan tindak balas negative.
* Terdapat bahaya dan keburukan dalam sistem ini disamping kebaikannya.
* Contoh : mekanisma tindak balas positif akan merangsang jantung untuk terus mengepam darah ke sistem peredaran darah untuk mengekalkan isipadu darah dan tekanan darah.

SEL, TISU, ORGAN DAN SISTEM BADAN

SEL

* struktur mikroskopik, sel hanya boleh dilihat di bawah mikroskop.
* perbezaan antara saiz dan bentuk sel dihubungkait kan dengan fungsinya.
* sel ova adalah yang terbesar (300um)
* sel yang terkecil ialah sel saraf, sel darah merah (7.5um)
* terdiri daripada sitoplasma yang diselubungi oleh dinding nipis yang dinamakan membrane sel atau membrane plasma.
* manusia mempunyai terlalu banyak sel.

Fungsi sel :
* Pusat kawalan yang mengawal segala kemasukan dan pengeluaran didalam dan diluar sel.
* Sistem pengangkutan dalaman yang terlibat yang terlibat dalam pembekalan bahan keperluan sel dan pengaliran keluar produk kumuhan.
* Pembekal tenaga untuk aktiviti dalam sel.
* Bahagian yang menyelenggarakan aktiviti dalam sel.

Struktur :
(1) Membrane sel

- Terdiri daripada 2 lapisan fosfolid dengan protin yang disebar antara molekul lipid.
- Banyak liang halus menembusi membrane.
- Bersifat separa telap.
- Berfungsi sebagai sempadan sel, memelihara kesempurnaan sel, bertindak sebagai enzyme dan receptor kepada hormone.

(2) Cytoplasma / protoplasma

- Bahagian sel di antara membrane dan nucleus.
- Berupa bahan seakan agar-agar.
- Tidak bewarna dan gelap.
- Mengandungi air, garam organic dan inorganik.

(3) Organel –organel

- Nucleus
- Struktur terbesar di tengah sel
- Semua sel tubuh mempunyai nucleus  kecuali sel darah merah matang
- Mengandungi neucleolus
- Berfungsi sebagai unit kawalan pusat bagi setiap aktiviti pembinaan dan pembiakan dalam sel

(4) Nucleolus

- Padat tanpa membrane.
- Mengandungi RNA
- Molekul asid deoksiribonukliek
- Mengandungi 46 kromosom

(5) Mitochondria
   
- Pusat menjana tenaga
- Berbentuk rod
- Terlibat dalam proses kimia
- Terdapat nob bertangkai pendek
- Membrane melipat ke dalam dikenali sebagai ’cristae’ 
- Tenaga yang disimpan dalam ATP digunakan untuk aktiviti sel
- Berfungsi untuk membekal lebih 95%  bekalan tenaga kepada sel tubuh (sel yang besar-sel hati)

(6) Ribosom

- Struktur RNA yang melekat pada rough ER (buat protien untuk dieksport
- Sebagai pusat sintesis protien
- Mengandungi 2/3 RNA dan 1/3 bahan protin
- Bertanggungjawab dalam pembungkusan ialah Golgi Apparatus

(7) Endoplasmic Reticulum (ER)

- Merupakan rangkaian saluran yang berada dalam saluran sitoplasma dan meluas dari membrane plasma ke nucleus
- Bertindak sebagai saluran bahan dari nucleus ke persekitaran sel
- Rough ER : Terdapat granul ribosom untuk mensintesis protin untuk dieksport ke luar sel untuk kegunaan dalam badan
- Smooth ER : Tiada granul ribosome
- Bertugas dalam metabolisme lipid dan cholesterol (sel hati)

(8) Golgi Apparatus
   
- Struktur yang terdiri daripada beberapa lapisan berbentuk piring, tersusun secara berlapis di atas satu dengan yang lain
- Bertindak sebagai stor dan merembeskan glikoprotin keluar dari sel
- Bahan protin yang dihasilkan  ER dihantar ke Golgi Apparatus untuk dibungkuskan sebagai gelombang sekresi
- Menghasilkan enzyme pencernaan yang berkeupayaan tinggi dinamakan lysosome.

(9) Lysosome
   
- Mengandungi enzyme yang digunakan dalam proses pemecahan molekul yang besar kepada  molekul yang lebih halus dan bertindak sebagai agen pembunuh bakteria
- Saiz dan bentuk sentiasa aktif ( bentuk vesicle ), semasa tidak aktif   (bentuk granul)
- Sel darah puteh mempunyai banyak lysosome

(10) Vacuole 

- Ruang kecil dalam sitoplasma
- Tanpa membrane
- Mengandungi bahan kumuh atau sekresi yang berbentuk di dalam sel

(11) Cytoskeleton 

- Microfilaments
- Microtubules
- Centrosome

(12) Microfilaments

- Memberi sokongan kepada struktur
- Mengekalkan bentuk sel
- Contoh : sel otot

(13) Microtubules
   
- Membantu dalam pergerakan organel dalam sel
- Membantu pergerakan chromosome semasa pembahagian sel

(14) Centrosome

- Mengandungi sepasang centrioles
- Memainkan peranan semasa pembahagian sel


Pembahagian sel : 

1. Mitosis. Merupakan pembahagian sel somatic. Proses dimana sel somatic membiak secara gandaan dedua. Tujuannya untuk menghasilkan organisme multisel, sel persenyawaan, pembesaran & menggantikan sel yang telah musnah. ianya berlaku sepanjang hayat.
2. Meiosis. Merupakan pembahagian sel dalam menghasilkan 4 sel anak dan setiap sel anak mengandungi separuh daripada bilangan kromosom induk. Ia berlaku dalam sel pembiakan seperti ovum dan spermatozoa. Juga merupakan asas pembiakan seks untuk menghasilkan bilangan kromosom dari satu generasi ke generasi yang lain.


TISU 


  EPITHELIAL : Permukaan (selapis/berlapis)
                                Kelenjar (exocrine/endocrine)
                                Usus
                  
CONNECTIVE : Menghubungkan tisu organ
                  
MUSCLE TISSUES :  Otot
                                    Rangka
                                    Jantung
                                    Otot licin (gasteriusus)
  NURVOUS TISSUES



ORGAN

1. OTAK 
- Diperbesarkan dan berkembang oleh jisim tisu saraf dengan meluas yang membentuk bahagian hujung atas sistem saraf.
- Ia disalut oleh tiga membrane connective tisu dan terapung dalam cerebrospinal yang dibentuk oleh tulang tengkorak.

2. JANTUNG 
- Organ yang berongga dan berotot, terletak antara peparu dengan apex.
- Darah tidak beroksigen dipam ke lung darah yang beroksigen dipamkan ketubuh.
- Aliran darah dalam jantung dikawal oleh injap.

3. HATI
- Ukuran berat antara 1200 – 1600g.
- Terletak pada bahagian atas kanan kaviti abdomen.
- Merupakan tapak metabolisme penting bagi protin, karbohidrat dan lemak.
- Mensintesiskan fibrinogen, protrombin dan heparin.
- Berperanan dalam detoksifikasi bahan – bahan beracun.

4. PERUT
- Organ yang berbentuk seperti sac dan dapat dikembungkan bagi membentuk sebahagian daripada kanal alimentari antara esophagus dan duodenum.
- Berfungsi untuk meneruskan proses pencernaan yang bermula di mulut.
- Gaster terletak di bawah diaphragm pada sisi kanan spleen.

5. PUNDI HEMPEDU
- Sac berbentuk pir.
- Terletak di bawah lobus kanan hepar.
- Tempat hempedu di simpan.

6. LIMFA - SPLEEN
- Organ bewarna merah tua yang terletak pada sebelah kiri badan dibawah dan dibelakang gaster.
- Merupakan komponen yang paling utama dalam sistem reticuloendotheal, yang menghasilkan lymphocyte pada bayi baru lahir dan mengandungi phagocyte yang memindahkan sel darah merah yang usang dan bahan-bahan asing lain dari edaran darah.

7. PANCREAS
- Terletak di belakang gaster.
- Satu daripada hujungnya terletak dilengkungan duodenum, hujung yang lain menyentuh spleen.
- Merembes hormon insulin dan glukogen kedalam peredaran darah.

8. GINJAL
- Salah satu dari sepasang organ yang bertanggungjawab untuk perkumuhan sisa-sisa bernitrogen, terutama urea daripada darah di bawah.
- Urine terberntuk mengalir melalui tubul-tubul renal ke urether yang menuju ke urinary bladder.

9. USUS BESAR
- Bahagian utama usus besar.
- Gerakan periltalsis yang kuat menggerakkan kandungan dehidrasi (feses) ke arah rectum.

10. USUS KECIL
- Illeum adalah bahagian paling bawah usus kecil.
- Duodenum  merupakan bahagian pertama usus kecil, ia memanjangkan dari pylorus gaster ke jejunum.
- Deudenum menerima hempedu daripada pundit hempedu dan jus pancreas daripada pancreas.

11. APPENDIX
- Tiub penghujung buntu yang pendek dan kurus, panjangnya 7-10cm.
- Tersemat pada hujung secum.
- Tidak mempunyai fungsi yang diketahui pada manusia tetapi boleh dijangkiti atau menjadi inflamasi.

12. OVARY
- Organ pembiakan perempuan.
- Mengandungi folikel yang menghasilkan ova dan hormon steroid pada kitaran yang teratur.

13. TESTIS
- Salah satu daripada organ sexs lelaki yang menghasilkan spermatozoa dan merembeskan hormones sexs lelaki androgen di bawah pengaruh gonadotrofin dari kelenjar pituitari.
- Terkandung dalam scrotum.

14. PUNDI KENCING 
- Mempunyai dinding oto licin dan mengumpul urine dan semen dikeluarkan.
- Hampir keseluruhan organ ini terbentuk daripada tisu erectile yang dipenuhi darah dalam keadaan kegeloraan sexs supaya penis mengalami ereksi.

15. VAGINA
- Bahagian bawah trek pembiakan perempuan, suatu tiub berotot, dialas oleh membrane mucus yang menyambungkan cervix ke utherus di bahagian luar.

16. KULIT
- Organ terbesar manusia.
- Pelindung tubuh dan organ badan.
- Bertindak sebagai suatu organ perkumuhan melalui rembesan peluh dan sebagai suatu organ deria yang mengandungi receptor.


SISTEM TUBUH MANUSIA : 

- Nervous sistem : Otak, spinal cord, nerves.
- Endocrine system.
- Cardiovascular system : Termasuk peredaran darah.
- Respiratory system.
- Lymphatic system.
- Digestive system / alimentary.
- Musculoskeletal system.
- Sensory organs.
- Urinary system.
- Reproductive system.


FLUID MOVEMENTS

=> Merupakan membrane sel yang terdiri daripada lapisan dwisfolipid yang menentukan ketetapan sel dan bertindak sebagai penghalang kepada bahan yang ingin melintasi membrane sel.
=> Membrane sel tidak menghalang sepenuhnya bahan memasuki sel atau keluar merentasinya.
=> Ia membenarkan bahan yang tertentu memasuki atau keluar merentasinya merupakan sifat penting membrane sel.
=> Membrane sel bersifat : 
- Telap. Yang membenarkan bahan keluar masuk dengan bebas merentasinya.
- Tidak telap. Tidak membenarkan bahan keluar masuk dengan bebas merentasinya






Sabtu, 23 Julai 2011

Imunisasi Aktif dan Perolehan

Imunisasi aktif dan perolehan diterangkan secara ringkas dalam pic dibawah.

Penyakit Alzheimer

Kali ni nak share tentang medic plak. Ni eseimen aku. Bace boleh. Nak copy, copy la..tp better mintak pemission aku dulu.. pm tat fb @ email..Nape? haha..pk la sndiri.. huhu..


Pengenalan

                Alzheimer juga pada pandangan umum seringkali dikaitkan dengan nyanyuk. Alzheimer adalah sejenis penyakit neurologi yang tidak diketahui punca sebenar penyakit ini. Ia menyerang individu yang berumur seawal 40an dan keatas. Penjagaan yang teliti harus dijalankan bagi mengelakan sebarang tindakan luar kawal dilakukan oleh pesakit. Alzheimer dan Dementia adalah dua keadaan yang berbeza. Tetapi mempunyai sifat yang hampir sama. Terma-terma lain yang berkait rapat dengan Alzheimer ialah, Dementia, Delirium, serta Senile (nyanyuk).
Klik untuk besarkan imej

Definisi

                Mengikut Suzzane C. Smeltzer Alzheimer adalah sejenis penyakit yang berkait rapat dengan saraf atau neurologi. Mengikut kajian yang dijalankan oleh para saintis, ia adalah penyakit yang berkembang, tidak boleh “diundur”, dan penyakit saraf yang merosot. Ia juga tersembunyi dan berbahaya. Ia menghilangkan daya kognitif pesakit secara beransur-ansur dan juga memberi kesan kepada sifat pesakit. Ia mula dilihat seawal umur 40 hingga 65 tahun. Tidak mengenal lelaki mahupun wanita. Ia adalah sebahagian yang tidak normal dalam proses penuaan. Berdasarkan kajian yang dijalankan, jika penjagaan dan pencegahan awal tidak diambil, lebih kurang 13.2 bilion orang Amerika berisiko untuk mendapat Alzheimer. Walaupun kita percaya bahawa faktor umur adalah punca risiko mendapat Alzheimer, persekitaran, faktor pemakanan dan inflamasi juga faktor yang boleh menentukan seseorang itu berisiko mengidap penyakit kognitif tersebut. Alzheimer boleh diklasifikasikan kepada dua (2), iaitu Familial atau early-onset Alzheimer dan Sporadic atau late-onset Alzheimer. Sifat bagi familial atau early-onset adalah luar biasa, dan ia Cuma dalam 10% dikalangan pesakit Alzheimer. Kebiasaanya disertakan dengan genetik mutasi dan ia sering terjadi pada pertengahan dewasa


The Etiology of Alzheimer’s Disease


Faktor Biologi

                Etiologi penyakit Alzheimer masih lagi tidak dapat dikenalpasti. Ia memerlukan penglibatan kombinasi yang kompleks, diantara faktor genetik dan persekitaran. Faktor genetik melibatkan peranan yang ketara pathogenesis penyakit Alzheimer. Dalam familial form, penyakit Alzheimer adalah disebabkan oleh mutasi pada kromosom 21, 14 dan 1 dan menyebabkan autosomal mode dominant. Dan setiap mutasi bertukar, menghasilkan lebih protein seperti yang ditemui neuritic plaque, β-amyloid. Serangan penyakit pada ahli keluarga biasanya awal, tetapi, punca semulajadi penyakit ini adalah mungkin disebabkan oleh faktor persekitaran. Walaubagaimanapun, ianya adalah sikit (kurang dari 5%).
Kira-kira hampir 50% individu yang mempunyai sejarah penyakit Alzheimer itu dalam 80an dan 90an mengembangkan penyakit tersebut. Segala kemungkinan berkaitan faktor gen adalah masih didalam kajian. Walaubagaimanapun, sebahagian perubahan neurologic berkaitan dengan peningkatan penuaan otak dan berisiko mengidap penyakit Alzheimer dengan peningkatan umur. Ini termasuklah kehilangan synaptic, pengurangan dendritic span, pengecutan saiz, dan kepadatan neuron dalam nucleas basilus of Meynent dan rendah cortical acetylcholine.


Faktor Yang Tersembunyi.

                Sesetengah faktor yang tersembunyi melambatkan proses terjadinya Alzheimer sudah dikenalpasti. Genetik kekal dengan ApoE-e2 allele mengurangkan risiko penyakit Alzheimer, meskipun tindakan mekanisme masih belum dikenalpasti. Penggunaan sesetengah ubat contohnya non steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) dan terapi penggantian estrogen mungkin melambatkan mengidap penyakit ini. Vitamin E dan ubat selegine (juga dikenali sebagai depenyl) juga berkemungkinan terjadinya penyakit jangkamasa panjang ini, termasuk penempatan penjagaan dirumah.
                Tindakan mekanisma agen tersembunyi masih lagi tidak diketahui sepenuhnya, tetapi dijangkakan untuk melawan kesan buruk daripada menitikberatkan oksidative (melalui antioksida seperti vitamin E atau estrogen) atau tindakan pembetukan plak.


The Phatophysiology of Alzheimer’s Disease

                Perkembangan mendiagnos dengan tepat dan efektif untuk mengesan penyakit Alzheimer ini haruslah berasaskan pemahaman asas pathophysiologynya. Aplikasi molekul genetik, biokimia, dan  teknik morfology dalam penyakit ini semasa dua dekad telah menghasilkan data yang kompleks yang semakin berkait rapat dengan perihal phatogenic dalam satu jangkamsa yang berturut-turut. Walaupun pemahaman mekanisme penyakit ini semakin berkembang, namun, perkembangan @ kesesuaian persetujuan para penyiasat tentang proses dan simptom-simptom.
Walaupun kajian masih belum tahu apa yang memulakan proses penyakit Alzheimer's, kita tahu bahawa kerosakan otak bermula sebanyak 10 hingga 20 tahun sebelum timbul masalah yang jelas. Tangles mula terbentuk jauh di dalam otak, di daerah yang disebut korteks entorhinal, dan bentuk plak di daerah lain. Ketika plak semakin banyak dan tangles di daerah otak tertentu, neuron sihat mula kurang cekap bekerja. Kemudian, mereka kehilangan kemampuan mereka untuk berfungsi dan berkomunikasi antara satu sama lain, dan akhirnya mereka mati. Proses merosakkan menyebar ke struktur di dekatnya, yang disebut hippocampus, yang penting dalam pembentukan kenangan. Kerana kematian neuron meningkat, daerah otak yang terkena mulai menyusut. Pada tahap akhir Alzheimer, kerosakan luas dan jaringan otak telah menyusut secara signifikan.
Klik untuk besarkan imej

                Otak manusia adalah organ yang luar biasa. Proses kompleks kimia dan elekrikal terjadi dalam otak kita yang membolehkan kita berbicara, bergerak, lihat, ingat, beremosi dan membuat keputusan. Di dalam otak yang sihat  dan normal, berbilion-bilion sel yang disebut neuron terus berkomunikasi antara satu sama lain. Ia menerima mesej antara satu sama lain sebagai beban elektrik perjalanan menuruni akson ke hujung neuron. Penghasilan tenaga elektrik kimia yang dipanggil neurotransmitter. Proses penghantaran impulse bergerak melalui ruang mikroskopik, atau sinaps, antara neuron. Mereka mengikat ruang reseptor pada dendrit dari litar neuron. Litar berongga ini, membolehkan komunikasi berlaku di dalam otak. Neurotransmisi yang  sihat sangat penting bagi otak untuk berfungsi dengan baik. Penyakit Alzheimer sering mengganggu proses ini. Gangguan kemampuan neuron untuk berkomunikasi diantara satu sama lain, penyakit ini dari masa ke semasa merosakkan ingatan dan kemampuan berfikir. Penyelidikan saintifik telah mendedahkan beberapa perubahan otak yang terjadi pada penyakit Alzheimer. Struktur yang abnormal dipanggil plak amiloid beta dan neurofibrillary tangles  adalah ciri biologi klasik dari penyakit ini. Plak terbentuk ketika protein spesifik pada membran sel neuron diproses secara berbeza. Biasanya, enzim yang disebut Alpha-secretase SNIPS protein prekursor amiloid, atau APP, dihasilkan sedikit. Enzim kedua, Gamma-secretase, juga SNIPS APP dihasilkan di tempat lain. Enzim yang dikeluarkan memberi manfaat neuron.
Pada penyakit Alzheimer, bahagian pertama biasanya menghasilkn lain, Beta enzim-secretase. Dengan itu, digabungkan dengan bahagian yang dihasilkan oleh Gamma-secretase, hasil dalam keluaran serpihan singkat APP disebut Beta-Amyloid. Ketika sekumpulan serpihan bergabung, mereka menjadi beracun dan mengganggu fungsi neuron. Dengan penghasilan enzim yang banyak, peningkatan oligomer ini dalam saiz dan menjadi insoluable, akhirnya membentuk plak Beta-Amyloid. Tangles neurofibrillary dibuat ketika tau protein yang telah diubahsuai. Dalam sel-sel otak normal, tau menstabilkan struktur penting, untuk sistem pengangkutan dalaman sel. Nutrisi dan perkhidmatan penghantaran impulse yang mengalirkan impulse yang disebut mikrotubul ke seluruh bahagian neuron.
Pada penyakit Alzheimer, tau abnormal memisahkan dari mikrotubul, menyebabkan ia berpecah. Serpihan tau itu tadi akan bergabung membentuk tangles di dalam neuron, ia mematikan sistem pengangkutan dan menghancurkan sel. Neuron di daerah otak tertentu dilepaskan daripada satu sama lain dan akhirnya mati, menyebabkan kehilangan ingatan. Selama proses tersebut berlaku, otak akan menyusut dan kehilangan fungsi. Kita sekarang sedia maklum, bahawa banyak perubahan yang berlaku di dalam otak dengan penyakit Alzheimer, namun ia masih dalam kajian. Perubahan lain yang terjadi di otak, penuaan dan sel-sel dan apa yang dilakukan, yang mempengaruhi penyakit lain, genetik, dan faktor gaya hidup terhadap risiko mendapat penyakit Alzheimer sebagai usia otak dan tubuh. Penelitian ilmiah dilakukan untuk membantu mengungkap misteri Alzheimer dan gangguan otak yang berkaitan. Dengan kajian yang mendalam, penyelidikan bergerak lebih dekat untuk mencari cara-cara untuk mengubati dan mencegah penyakit ini sepenuhnya.

Klik untuk besarkan imej
Rawatan Perubatan

Berikut adalah antara medikasi yang diluluskan oleh U.S Food and Drug Administration untuk pesakit Alzheimer. Untuk pesakit tahap mild atau moderate, diberi Donepezil (Aricept®), Rivastigmine (Exelon®), Galantamine (Razadyne®)(Donezepil boleh juga diberi pada pesakit yang berada pada tahap severe). Manakala Memantine (Namenda®) pula diberi untuk pesakit yang berada pada tahap severe. [Detail medication aku tak taruk. Panjang sangat. Cari dalam buku PDR Drugs Books 2006/2007.]



p/s: Nursing intervention aku tak masukan jugak. sebab panjang sgat, malas nak buat table.



Khamis, 7 Julai 2011

NCLEX3500 Apps

Kali ni aku nak share aplikasi NCLEX 3500. Lau u all nk wat latihan atau ape, ley wat pakai ni. Complete with rasional. Share dgn member2 yang lain. 


4SHARED: -->Download<--  
MEDIAFIRE: -->Download<--

p/s:lau malas nk menunggu, pakai mediafire





Isnin, 4 Julai 2011

Medical Dictionary

Hola..
entry kali ni, ejunior a.k.a YottaBytez nak share kamus medical untuk telefon bimbit. fail ni beformat *.jar. memudahkan you all utk wat rujukan.. Untuk telefon tertentu je, yg support JAR sahaje taw..model touch screen agak susah ckit.. pe2 pn, jgn lupe utk share ye..makaseh.. (^^,)v


Klik sini --> Medical Mobile Dictionary
p/s: jgn lupe klik Like bwh kiri.. trimas.. (^_^)v











Isnin, 28 Jun 2010

Central Nervous System (CNS)

Central Nervous System (CNS)                                                            

Cerebralspinal Fluid (CSF) 2

CSF                                                                   

Angina Pectoris

Angina Pectoris                                                            

Cerebralspinal Fluid (CSF)

Cerebral Spinal Fluid                                                            

Selasa, 18 Mei 2010

Senarai Penyakit Sindrom

Senarai penyakit sindrom                                                            

Rabu, 17 Februari 2010

Medical Dictionary

Nak share kamus Concise Medical Dictionary dari Oxford University. Dictionary ni hanya untuk model-model hp tertentu sahaja. Jika model u all tidak tersenarai, sori ar. Download, dan install dalam mobile phone u all.

BenQ: P30, P31
LG: KS10 Joy, KT610
Motorola: RIZR Z10, RIZR Z8
Nokia: 3230, 3250, 3600, 3620, 3650, 3660, 5230, 5320 XpressMusic, 5500 Sport, 5530 XpressMusic, 5630 Xpress Music, 5700 XpressMusic, 5730 XpressMusic, 5800 XpressMusic, 6110 Navigator, 6120 classic, 6121 classic, 6122c, 6124 classic, 6210 Navigator, 6220 Classic, 6260, 6290, 6600, 6620, 6630, 6650 Fold, 6670, 6680, 6681, 6682, 6708, 6720 Classic, 6730 classic, 6790 Mako, 7610, 7650, 7710, 9210, 9290, 9300, 9500, E50, E51, E52, E55, E60, E61, E62, E63, E65, E66, E70, E71, E72, E75, E90, N-Gage, N-Gage QD, N70, N71, N72, N73, N75, N76, N77, N78, N79, N80, N81, N82, N85, N86, N90, N91, N92, N93, N95, N96, N97, N97 Mini, X6
Samsung: GT i7110, GT i8510 Innov8, GT i8910 Omnia, SGH D720, SGH G810, SGH i450, SGH i550, SGH i560, SGH L870
Sendo: X                                             
Siemens: SX1
Sony-ericsson: G700, G900, M600, P1i, P800, P900, P910, P990, U1 Satio, U5 Vivaz, U8 Kanna, W950, W958, W960
p/s: Download dictionary diatas, then send ke hp gne butut @ cable. lau xde butut, gne lutut pun boley..

Sabtu, 7 November 2009

Farmakologi - Nota Tambahan

Formulari Ubat-ubatan Kementerian Kesihatan Malaysia 2004


Saiz: 1.57MB
Page: 585ms












e-junior ebook


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...