rss
twitter
    If today was perfect there would be no need for tomorrow.

Ahad, 28 Februari 2010

Remove Quick Launch

Quick launch kadang2 bgus, kadang2 menyemak. Nak buang? Jom..

Nak remove semua ikon pada quick launch:
1. Klik kanan kat Taskbar > Properties
2. Buang tanda (uncheck) pada Show Quick Launch
3. Apply > OK

Nak remove ikon tertentu sahaja pada quick launch:
1. Klik kanan pada ikon yang hendak anda buang, Delete.
 
Nak tambah ikon pada Quick Launch:  
1. Heret ikon aplikasi tersebut, dan letakkan dalam list Quick Launch.

Backup Dokumen?

Kalau kite nak backup dokumen, kite nak backup pe je?

Kita nak backup dokumen adalah berdasrkan beberapa sebab. Antaranye:
 - nak hantar laptop @ PC warranty
 - nak hantar laptop @ PC g repair
 - backup mingguan @ harian (keselamatan dokumen bagi mengelakkan sistem crash (kehilangan data) @ kecurian data)

Kita backup dokumen terbahagi kepada 2 jenis. Backup as image @ backup biasa. Backup Image boley wat dengan menggunakan perisian. Nak guna dari Microsoft atau 3rd-party software pun boley. Contohnya Acronis . Backup biase boley wat degan copy & paste dengan manual. Tapi jika menggunakan perisian tambahan, die ley wat secara auto dan berjadual. Ok, jika kita backup dokumen secara manual, nak backup mane jer?

Windows XP
- C:\Documents and Settings\"nama akaun anda"\My Documents\
- C:\Documents and Settings\"nama akaun anda"\Desktop\

*folder lain kureng penting...

Windows Vista @ 7
- C:\User\"nama akaun anda"\

Katakan nama akaun anda ialah User. Ha, copy je folder User tu, then paste ke partition lain. Tapi, semasa anda copy, ada beberepa fail yang tak boleh backup. Skip atau ignore je.

Selasa, 23 Februari 2010

Bagaimana nak edit file *.pps dalam PowerPoint?

File berformat *.pps kalau kite klik, dier terus show kn?. Tapi, macam mane nk edit kandungan file dier dalam PowerPoint?. Mudah je, ikut step nih.

Windows XP

1. Klik menu Tools pada toolbar (atas tu..)
2. Folder options, dan pilih tab View
3. Pada column Advanced settings, uncheck @ buang tanda pada opsyen Hide extension for known files types
4. Apply > OK
5. Single-click pada file *.pps tadi, dan tekan kekunci F2 untuk rename file tu.
6. Tukarkan *.pps itu kepada *.ppt, dan tekan Enter
7. Untuk kembalikan setting asal, ulang langkah 1-3. Tetapi tandakan  semula pada opsyen Hide extension for known files types


Windows Vista @ 7

1. Klik menu Organize pada toolbar (atas tu..)
2. Folder and search options, dan pilih tab View
3. Pada column Advanced settings, uncheck @ buang tanda pada opsyen Hide extension for known files types
4. Apply > OK
5. Single-click pada file *.pps tadi, dan tekan kekunci F2 untuk rename file tu.
6. Tukarkan *.pps itu kepada *.ppt, dan tekan Enter
7. Untuk kembalikan setting asal, ulang langkah 1-3. Tetapi tandakan  semula pada opsyen Hide extension for known files types.

Kesimpulanye, cume rename dari pps ke ppt.. huhuhu..

Khamis, 18 Februari 2010

Insert Audio in PowerPoint

Masukkan audio dalam PowerPoint (Office 2007 & 2010)


Memainkan audio dari mula start slide hingga tamat slide

1. Klik tab Insert, pilih Audio
2. Masukan audio pilihan anda, dan klik Insert
3. Klik pada ikon Audio pada slide, dan klik tab Edit pada toolbar diatas
4. Pada kolum Audio Options, tukarkan pilihan drop-down menu On Click ke Play across slides.

Rabu, 17 Februari 2010

Medical Dictionary

Nak share kamus Concise Medical Dictionary dari Oxford University. Dictionary ni hanya untuk model-model hp tertentu sahaja. Jika model u all tidak tersenarai, sori ar. Download, dan install dalam mobile phone u all.

BenQ: P30, P31
LG: KS10 Joy, KT610
Motorola: RIZR Z10, RIZR Z8
Nokia: 3230, 3250, 3600, 3620, 3650, 3660, 5230, 5320 XpressMusic, 5500 Sport, 5530 XpressMusic, 5630 Xpress Music, 5700 XpressMusic, 5730 XpressMusic, 5800 XpressMusic, 6110 Navigator, 6120 classic, 6121 classic, 6122c, 6124 classic, 6210 Navigator, 6220 Classic, 6260, 6290, 6600, 6620, 6630, 6650 Fold, 6670, 6680, 6681, 6682, 6708, 6720 Classic, 6730 classic, 6790 Mako, 7610, 7650, 7710, 9210, 9290, 9300, 9500, E50, E51, E52, E55, E60, E61, E62, E63, E65, E66, E70, E71, E72, E75, E90, N-Gage, N-Gage QD, N70, N71, N72, N73, N75, N76, N77, N78, N79, N80, N81, N82, N85, N86, N90, N91, N92, N93, N95, N96, N97, N97 Mini, X6
Samsung: GT i7110, GT i8510 Innov8, GT i8910 Omnia, SGH D720, SGH G810, SGH i450, SGH i550, SGH i560, SGH L870
Sendo: X                                             
Siemens: SX1
Sony-ericsson: G700, G900, M600, P1i, P800, P900, P910, P990, U1 Satio, U5 Vivaz, U8 Kanna, W950, W958, W960
p/s: Download dictionary diatas, then send ke hp gne butut @ cable. lau xde butut, gne lutut pun boley..

Setup background sendiri dalam PowerPoint

1. Buka PowerPoint
2. Klik kanan pada ruang kosong dan pilih Format Background...
3. Pada menu Fill, klik Picture or texture fill, dan klik pada butang File...
4. Pilih gambar, dan klik Insert. Klik Close
5. Jika anda mahu gambar tersebut menjadi latar belakang untuk kesemua slide, pilih menu Apply to all

Rabu, 10 Februari 2010

Safely remove

Ada sesetengah komputer yang tidak boleh safely remove usb dengan sempurna. So, download software free ni.

http://quick.mixnmojo.com/usb-disk-ejector

Khamis, 4 Februari 2010

Panduan Memusnahkan Virus Komputer Dengan Berkesan versi 2.0

Bayangkan jika anda hantar PC @ laptop anda kekedai hanya untuk membuang virus. Kena charge paling kurang pun RM 20.00. Itu sekali. Jika setahun anda kena dalam tidak kurang 10x. Dah RM 200.00. Tu belum kena tipu charge lagi. Silap-silap RM 300.00 - RM 400.00. Itu setahun, jika anda guna dalam 5tahun? Ape tak cecah RM 2000?
Bila kita hantar PC atau laptop kita ke kedai, mereka akan mengenakan cas yang terlalu mahal dan kadang kala tak masuk akal. Padahal masalah tidaklah besar mana. Hanya membuang virus. Ya, memang masalah ini tidak akan berhenti selagi kita menggunakan komputer. Tetapi, sampai bila anda mahu hantar ke kedai jika masalah ini berulang?. Takkan lah sampai anda berhenti kerja. Kemudian, jika dihitung, berapa ribu anda berhabis duit, semata-mata membuang virus komputer?. Bukankah lebih baik anda mempelajari cara membuang virus, kemudian lakukan keatas PC atau laptop anda yang telah dijangkiti virus?. Sebenarnya membuang virus komputer cukup mudah. Dan ia tidaklah sesukar mana seperti yang anda bayangkan. Cuma;

1. Faham konsep virus
2. Teknik serangan virus
3. Faham sistem komputer berfungsi.

Oleh itu, saya telah menulis sebuah buku panduan yang mudah dan ia dalam Bahasa Malaysia. "Panduan Membuang Virus Komputer Dengan Berkesan". Dapatkan ia hanya dengan RM 20.00!


Berminat?
Hanya dengan RM 20.00, anda sebenarnya mampu berjimat sehingga ratusan ringgit!

Anda boleh membuat pembayaran melalui perbankan dengan bank-in RM 20.00 ke akaun saya, dan hantarkan email atau sms kepada saya, dan saya akan smskan atau email link untuk anda download.

Hafiz Zaidan
Akaun CIMB Bank: 0114 0074 6825 27
email: entiti_junior@yahoo.co.uk


Setelah selesai membuat pembayaran, hantar email maklumat anda serta masa dan tarikh pembayaran kepada saya.


Hantarkan Nama, email, no telefon bimbit, dan tarikh serta masa pembayaran ke email saya. Saya akan hantar maklum balas setelah menerima pengesahan pembayaran.

Terima kasih.

e-junior ebook


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...